klik la woii

Thursday, March 31, 2011

Liga Super Malaysia Bermula!


Setelah berehat hampir sebulan untuk memberi laluan kepada saingan Piala FA dan saingan Antarabangsa,
kini Liga Super Malaysia akan memasuki pusingan kedua dan akan memulakan saingan esok.

Kelantan VS Harimau Muda A
T-Team VS Sabah
Negeri Sembilan VS Terengganu
Selangor VS Pahang
Perak VS Felda United
Perlis VS Johor FC
Kuala Lumpur VS Kedah 




Sergio Canales Di intai Arsenal, Chelsea, Liverpool

 

Pemain tengah Sergio Canales mungkin akan meninggalkan Real Madrid di akhir musim dan kelab gergasi
dari Liga Perdana Inggeris seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool masing-masing menunjukkan minat terhadap pemain berusia 20 tahun itu.

Pemain Sepanyol bawah 21 tahun tu mendedahkan pada Selasa lepas bahawa beliau tidak memikirkan tentang urusan perpindahan buat masa sekarang dan berazam untuk berjaya di Madrid, tetapi kekal digoda
untuk menyertai salah satu dari kelab tersebut.

Canales menyertai Madrid dari Racing Santander pada musim panas 2010, tetapi pemain tengah serangan itu hingga kini masih bergelut untuk mendapat tempat dalam pasukan utama kerana mendapat saingan dari
pemain seperti Mesut Oezil dan Kaka.

Arsenal dikatakan berminat mendapat pemain tengah baru kerana masih tidak pasti tentang masa hadapan Cesc Fabregas,
dan pengurus Arsene Wenger mempertimbangkan Canales sebagai pengganti yang sesuai jika Fabregas dilihat meninggalkan kelab.

Liverpool dan Chelsea masih lagi mencari pemain baru untuk menguatkan lagi pasukan dan Canales dilihat sebagai penambah-baikan yang sesuai untuk kelab dalam jangka masa panjang.

Wednesday, March 30, 2011

Drogba Hampir Dijual Oleh Scolari


Luiz Felipe Scolari mendedahkan beliau meminta kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk menjual Didier Drogba kerana beliau menganggap drogba sebagai "bintang" didalam skuad.

Khabar angin mendakwa beliau telah hilang kawalan di dalam bilik persalinan dan Scolari mengaku beliau
menghadapi kesukaran untuk mengawal sesetengah pemain.
"Pelepasan saya dari Chelsea adalah perkara sedih kerana Liga Perdana adalah cabaran yang indah dan menyeronokkan untuk bekerja." Scolari memberitahu TB Arena Sport TV. "Saya begitu tertekan selepas pemecatan dan untuk dua bulan saya tidak mampu bercakap mengenai bola sepak.
"
Di dalam bilik persalinan di Chelsea, terlalu banyak pemain bintang dan pemain terbaik, tetapi kelakuan mereka sangat berbeza."
"Drogba percaya beliau adalah bintang di dalam skuad dan saya tidak mempunyai konflik dengannya. Dia mahu ke Paris kerana kecederaan, tetapi saya berkata tidak.
"Apabila Drogba kembali, beliau mahu terus bermain tetapi saya berkata tidak kerana Anelka melakukan yang terbaik semasa ketiadaan beliau."

Scolari juga mendedahkan Michael Ballack menyebabkan masalah selepas Deco menyertai dari Barcelona.
Scolari menambah, "Ballack seperti cemburu kepada ketibaan Deco, beliau tidak mahu ketibaan Deco dan saya terpaksa menerangkan bahawa saya adalah jurulatih dan ianya terpulang kepada saya."

"Saya mahu Deco bekerjasama bersama Ballack, tetapi ianya mustahil. Mereka tidak bercakap sesama sendiri."

Malaysia Bertemu Lubnan pada kelayakan Olimpik

 

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berdepan Lubnan pada pusingan kedua kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012 dalam undian yang dibuat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), di sini hari ini.

Malaysia yang menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama akan bermain di tempat lawan pada 19 Jun ini sebelum menentang Lubnan di gelanggang sendiri pada 23 Jun.

Sementara itu, dalam usaha ke Piala Dunia 2014 di Brazil, skuad negara diundi menentang Taiwan dalam pusingan pertama kelayakan.
Perlawanan pertama berlangsung di tempat lawan dijadual pada 29 Jun diikuti perlawanan kedua di tanah air pada 3 Julai.

Keresahan tentang kecederaan Van Persie

Penyerang Arsenal Robin Van Persie terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika
kelayakan EURO 2012 menentang Hungary selepas
mengalami kecederaan, Tetapi jurulatih Belanda Bert van Marwijk mengatakan ianya tidak serius.

Van Persie dijatuhkan pemain pertahanan Hungary
Vilmos Vanczak dalam pertemuan yang mendebarkan. Penyerang berusia 27 tahun itu yang menjaringkan gol pertama untuk belanda namun dikeluarkan dan diganti oleh penyerang veteran Ruud Van Nistelrooy dalam perlawanan yang memihak pasukan tuan rumah 5-3.

"Beliau mengalami kecederaan, namun masih boleh bermain untuk arsenal pada akhir minggu ini" kata van Marwijk selepas perlawanan."

Van Persie telah mengalami dua kecederaan serius sepanjang tahun ini ketika mewakili skuad kebangsaan.

Lehmann Kecewa Pada Debut Pertama



Jens Lehmann menyarung jersi Arsenal buat pertama kali sejak keluar dari tempoh persaraan pada pertemuan menentang Wigan di London Colney training ground, tetapi pasukan simpanan yang diwakili
Lehmann telah tewas 2-1.

Lehmann telah dipanggil untuk menjadi penjaga gol gantian berikutan krisis kecederaan penjaga gol dan telah dicadangkan agar beliau di masukkan dalam perlawanan akan datang selepas kesilapan mudah dari Manuel Almunia ketika bertemu West Bromwich Albion.

Walau bagaimanapun, Lehmann tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan ketika mewakili pasukan simpanan bertemu Latics. Beliau menghadapi situasi yang agak genting menuju penamat pada separuh masa pertama, bolos sebanyak dua kali, aksinya di bayangi penyerang muda Wigan.
Selepas melakukan beberapa aksi menyelamat yang agak mudah, Lehmann melalui saat yang mendebarkan
apabila bola hantaran ke belakang yang di tendangnya bergolek beberapa inci dari tiang gol.

Gol Wigan dijaringkan pada minit ke 53 oleh Callum McManaman dan jaringan kemenangan di jaringkan
pada minit ke 83 oleh Joe Holt.
Arsenal hanya memperolehi gol saguhati pada minit tambahan ke 90, namun semuanya sudah terlewat untuk
kem Arsenal.

Tuesday, March 29, 2011

Arsenal Tidak akan Membuat Rayuan untuk Wenger dan Samir Nasri

Pengurus Arsenal Arsene Wenger dan pemain tengah Samir Nasri akan menghadapi penggantungan selama
1 perlawanan oleh UEFA selepas Arsenal membuat keputusan tidak mahu membuat rayuan tentang
keputusan itu.



Wenger juga didenda sebanyak 10 juta euro, selepas dikatakan menggunakan "bahasa kasar" terhadap
pengadil dari Swiss iaitu Massimo Bussaca selepas arsenal disingkirkan dari Liga Juara-Juara di Barcelona.

Arsene merungut kepada pegawai perlawanan selepas Robin Van Persie di berikan kad kuning kedua selepas menyepak bola ke arah pintu gol sesaat selepas pengadil meniupkan wisel, namun pemain belanda
tersebut mendakwa tidak mendengar tiupan wisel tersebut.

Gunners dipaksa bermain dengan 10 orang dan kemudian tewas 3-1.
Wenger pada asalnya memohon untuk membuat rayuan, namun kelab memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut.
Kenyataan dari laman rasmi menyebut. "Arsenal memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap UEFA untuk penggantungan Samir Nasri dan Arsene Wenger."




Amaran Torres Kepada Kapt Fab


Fernando Torres memberi amaran kepada cesc fabregas untuk menyediakan diri terhadap serangan psikologi daripada penyokong arsenal jika beliau berpindah ke Barcelona musim panas nanti.

Fabregas tidak pernah menyembunyikan hasrat untuk kembali ke bekas kelabnya suatu hari nanti, tetapi kekal setia kepada arsenal ketika masih berbaki kontrak. Barcelona dilihat untuk membida pemain tengah
sepanyol itu sekali lagi pada musim panas nanti setelah bidaan sebanyak 40 juta euro ditolak arsenal.
Bekas pemain liverpool itu memberi amaran Cesc akan melihat perkara buruk jika dia berpindah
"Setiap orang mempunyai cerita tersendiri tetapi dari apa yang saya tahu Cesc amat terhutang kepada
Wenger dan Arsenal."
Torres Berkata dalam Daily Mail. "Tetapi jika anda pergi, anda perlu bersedia berpeluh. diakhirnya apabila anda pergi, anda akan keseorangan. Bolasepak sangat hipokrit di masa kini."

Menambah, Torres mendakwa Fabregas sepatutnya tidak membiarkan hubungannya dengan penyokong
menghalangnya dari mengejar karier, sesuatu yang diketahui dari pengalaman peribadi selepas berpindah dari
pasukan bergelut Liverpool ke Chelsea dengan harga 50 juta pound pada bulan januari.
"Anda perlu memberi diri anda peluang untuk membuat langkah." dia berkata "jika anda bertuah, kelab baru anda akan membantu anda, seperti yang berlaku di Atletico Madrid apabila saya berpindah ke Liverpool.
Saya tahu penyokong di Atletico dan saya mempunyai hubungan yang istimewa. Tetapi di Liverpool ia adalah
bermasalah.

Salam Perkenalan

salam penghulur kepada pencinta bola sepak sedunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...