klik la woii

Wednesday, June 1, 2011

Kontrak Nasri Tergantung, Scholes Pencen


Kontrak Samir Nasri yang berbaki setahun masih belum diperbaharui dan
Arsenal kini mungkin kehilangan pemain berbakat selepas Nasri dan Wenger
masih belum mencapai persetujuan tentang pembayaran gaji.

Nasri ditawarkan kontrak baru selama lima tahun dan mendapat gaji sebayak £90,000,
yang membolehkan beliau mendapat sehingga £4.6 million setahun. Namun Samir Nasri
mahu menerima lebih dan setanding dengan Cesc Fabregas iaitu £110,000.

Bercakap di stesen radio Perancis, Wenger mengatakan "Kami tidak mencapai persetujuan
dan masih dalam perbincangan."
Dan khabar mengatakan Patrice Evra yang mahu Nasri menyertai beliau di Manchester United
terus disanggah Wenger dengan berkata "Satu perkara yang pasti, kami tidak akan menjual
Nasri kepada United."


Di kem Manchester United pula, seorang lagi pemain veteran Paul Scholes

mengumumkan persaraan pada usia 36 tahun.

Scholes telah mengumpul 24 medal kejuaraan bersama Syaitan Merah,
termasuk 10 Medal Premier League dan dua kejuaraan Champions League.

Tuesday, May 31, 2011

Rumours : Arshavin Kekal, Samba Dalam Perhatian




Masalah pertahanan Arsenal kini menjadi perhatian utama Arsene Wenger apabila dilaporkan menyediakan €9 million untuk membeli pemain pertahan tinggi lampai Chris Samba dari Blackburn Rovers. 

Samba memberitahu Daily Mail: "Semua orang tahu saya mempunyai cita-cita. Saya rasa perpindahan ke Arsenal begitu hampir pada bulan Januari namun itulah kehidupan."


Sementara itu, Andrey Arshavin mengesahkan akan
kekal di Arsenal selepas mendedahkan Wenger
mahu terus bekerjasama di kelab itu untuk musim hadapan.

Pemain sayap dari Russia itu sebelum ini dilaporkan
akan kembali ke kelab lamanya Zenit st. Petersburg.

"Pengurus mahu saya kekal untuk musim hadapan." Arshavin memberitahu The Sun.

Saturday, May 28, 2011

Barcelona vs Manchester United


Pagi nanti pertemuan jagoaan dari Sepanyol & England akan berentap di Wembley
untuk menentukan pemenang UEFA Champions League 2011.

Kelebihan pasti terletak di tangan pasukan Manchester United kerana bermain
di tanah air sendiri. Namun Barcelona adalah sebuah pasukan yang hampir
lengkap sepenuhnya mengenai rangkaian serangan.

Tetapi rekod Barcelona di bumi England tidaklah segah yang disangka.
Rekod Manchester United dalam Champions League juga tidak boleh di pandang enteng
kerana mereka masih belum tewas dan Barcelona hanya tewas sekali di tangan Arsenal
pada pertemuan di pusingan kedua.



Taktikal

Barcelona - 4-3-3
Valdes; Dani Alves, Mascherano, Pique, Puyol; Xavi, Busquets, Iniesta; Pedro, Messi, Villa

Manchester United - 4-1-1
Van der Sar; Fabio, Vidic, Ferdinand, Evra; Valencia, Giggs, Carrick, Park; Rooney; Hernandez

Rekod
Barcelona & Manchester United telah bertemu sebanyak 10 kali. Dengan masing-masing
mencatatkan kemenangan 3 kali, tewas 4 kali dan seri 3 kali.

Pemain Tumpuan

Van der Sar - Pemain yang akan menyarung jersi MU buat kali terakhir ini pasti mahu
melakukannya dengan kenangan kejayaan yang pasti tidak dapat dilupakan. Satu-satunya
penjaga gol yang melakukan rekod 50 perlawanan tanpa bolos.

Iniesta - Pemain kerdil yang menjadi engineer pasukan Barcelona pada kemenangan tahun
2009. Kawalan bola yang kemas dan lincah di bahagian midfield menjadi nadi utama pasukan
Barca kali ini bersama Xavi.

Kunci Kejayaan - Vidic vs Messi. Pemain pertahanan terbaik EPL ini cekap membaca
gerakan lawan dan apabila bermain bersama Rio Ferdinand, MU dilihat seperti sukar
ditewaskan. Messi pada hari terbaiknya sudah pasti tidak mampu dihalang, menjadi ancaman
sekiranya dibiarkan berlegar berhampiran kotak penalti.

Trivia

* Messi tidak pernah menjaringkan gol di bumi England dalam saingan Champions League.

* Van der Sar akan memulakan perlawanan ke-99 pada perlawanan ini.

* Messi penjaring terbanyak dengan 11 gol, manakal Hernandez untuk pasukan MU dengan
   hanya 4 gol.

Friday, May 27, 2011

Tiket Malaysia vs Arsenal mula dijual.

 
 
ARSENAL menjadi pasukan Liga Perdana England kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan.
Terdahulu, naib juara musim ini, Chelsea telah pun me- ngesahkan akan turun bertemu skuad kebangsaan di gelanggang sama pada 21 Julai.

Tidak cukup dengan itu, Liverpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad kebangsaan pada 16 Julai tetapi sidang media pengesahannya dijangka dibuat awal bulan depan.

Ia menjadikan pertengahan Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat pemi- nat bola sepak negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.

“Bagi saya ia secara tak langsung merupakan suatu platform buat skuad negara kita mendapat perlawanan pendedahan yang cukup baik. Pasti ia sesuatu yang tidak dijangka para pemain kita.

“Ini satu peluang keemasan buat setiap pemain, terutamanya pemain muda. Tiga perlawanan hebat dalam seminggu. Saya rasa pasukan England atau Brazil pun tak dapat peluang sebegini.

“Jadi harap pemain gunakan sepenuhnya peluang ini. Kalau masih muda, saya pun nak bermain sama,” kata Tengku Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh Jelajah Asia Arsenal 2011 di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di www.ticketpro.com.my.

Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai.

Pesan Tengku Abdullah: “Biarpun saya penyokong Arsenal sejak kecil, saya tetap jiwa Malaysia. Harap lebih ramai hadir berjersi kuning daripada berjersi merah. Semangat negara perlu didahu- lukan daripada keghairahan peribadi.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah ranca- ngan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.

“Ini merupakan kali keempat Arsenal ke Malaysia setelah kali pertama pada 1968 dan kali terakhir kira-kira 12 tahun lalu iaitu 1999.
 
“Sempena ulang tahun ke- 125 kelab, kami mahu memula- kan pramusim dengan perancangan rapi dan akan menurunkan pemain dari skuad utama untuk perlawanan di Kuala Lumpur nanti,” kata Fox.
 
Sumber : Kosmo
 

Monday, May 23, 2011

Ancelotti Dipecat


Walaupun dengan perbelanjaan sebanyak £75 juta, Carlo Ancelotti gagal
membawa kejayaan kepada skuad Chelsea pada musim ini. Torres adalah
kegagalan terbesar Ancelotti apabila membelanjakan sebanyak £50 juta untuk mendapatkan
khidmat beliau.

Dalam laman rasmi pasukan Chelsea menyebut "Chelsea Football Club mengesahkan
Carlo Ancelotti akan berpisah dengan kelab ini."

"Pemilik dan pengarah mengucapkan terima kasih pada Carlo atas sumbangan
dan kejayaan juara berganda untuk kali pertama dalam sejarah kelab."

"Walaubagaimanapun, musim ini tahap permainan telah menurun dan kelab
merasakan adalah masa yang sesuai untuk membuat perubahan dalam menghadapi
musim depan."

kesiannnn..owner kelab xreti nk bersabar

Wednesday, May 18, 2011

Rumour Perpindahan : Arsenal


Musim 2010/2011 akan berakhir minggu hadapan dan beberapa nama pemain
telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dan masuk dalam skuad Arsenal.
Yang terbaru adalah David Silva menggesa Fabregas supaya meninggalkan Arsenal
dan menyertai beliau di Manchester City.



Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan pasukan Arsenal adalah pertahanan
pasukan dari liga Perancis iaitu Parist Saint German  Mamadou Sakho,
satu lagi player berstyle rambut pelik selepas Sagna dan Song.
Tapi mamat ni bagitaw tak mungkin berpindah dalam masa terdekat walaupon turut
jadi buruan Liverpool, Spurs dan AC Milan.




Mario Goetze pemain muda berbakat dari Borussia Dortmund telah menarik perhatian
beberapa kelabdari Liga Perdana Inggeris, namun kelab Dortmund dah warning awal-awal
pemain muda tersebut bukan untuk dijual pada sebarang harga. Musim ni Mario Goetze
dah jaringkan 6 gol dari 32 penampilan dan assist sebanyak 11 kali. Wow! hebat gak mamat ni..



Ejen kepada Samir Nasri pula mengesahkan Nasri akan kekal di Arsenal untuk musim depan,
dan Arsene Wenger menegaskan tidak akan menjual Arshavin walaupun
pemain tersebut ada turun naik prestasinya.

Saturday, May 14, 2011

Harimau Malaya jumpa gergasi Inggeris


Seperti yang telah diketahui ramai peminat Liga Perdana Inggeris bahawa pada bulan
Julai nanti 3 gergasi EPL akan bertandang ke Bukit Jalil untuk menentang skuad
Harimau Malaya.



Malaysia akan memulakan perlawanan menentang skuad Arsenal pada 13 Julai dan 3 hari
kemudian akan menanti pula aksi Liverpool. Penutup pada jadual tersebut skuad Harimau
Malaya akan membelasah skuad Chelsea pada 23 Julai.

Anda mahu lihat aksi Norshahrul Idlan Talaha menggelecek John Terry?
ataupun aksi Safee Sali menjaringkan gol bicyle-kick Menewaskan Pepe Reina??
setidaknya aksi Torres yang gagal melepasi Muslim Ahmad??
mahupun aksi rapuh pertahanan Arsenal yang akan dirogol oleh Safiq Rahim??

datanglah beramai-ramai pada Julai nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...