Penyerang Arsenal Robin Van Persie terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika
kelayakan EURO 2012 menentang Hungary selepas
mengalami kecederaan, Tetapi jurulatih Belanda Bert van Marwijk mengatakan ianya tidak serius.
Van Persie dijatuhkan pemain pertahanan Hungary
Vilmos Vanczak dalam pertemuan yang mendebarkan. Penyerang berusia 27 tahun itu yang menjaringkan gol pertama untuk belanda namun dikeluarkan dan diganti oleh penyerang veteran Ruud Van Nistelrooy dalam perlawanan yang memihak pasukan tuan rumah 5-3.
"Beliau mengalami kecederaan, namun masih boleh bermain untuk arsenal pada akhir minggu ini" kata van Marwijk selepas perlawanan."
Van Persie telah mengalami dua kecederaan serius sepanjang tahun ini ketika mewakili skuad kebangsaan.
No comments:
Post a Comment
Segala Cacian, Makian, Fitnah, Khabar Angin, Santau Angin, Laporan, Maklumat akan di terima di ruangan komen in. terima kasih