klik la woii
Wednesday, April 13, 2011
Safee Sali terus mengganas di Indonesia
Pada perlawanan pasukan Persela vs Pelita Jaya, pemain kelahiran Perak itu sekali lagi
menggegarkan jaring untuk pasukan pelawat mendahului pada minit ke-49.
Pasukan Pelita Jaya yang terkenal dengan jolokan The Young Guns tampil dengan aksi
merbahaya pada separuh masa pertama. Minit ke-33 Safee Sali hampir memecah
kebuntuan namun tendangannya berjaya ditepis penjaga gol pasuka Persela.
Namun Pelita Jaya kehilangan pemain pada minit ke-27 setelah Juan Ramirez mendapat kad
merah setelah menyiku pemain tuan rumah Fachrudin Mustafi.
Kekurangan seorang pemain tidak menggoyahkan permainan Pelita Jaya yang berjaya
mendapatkan gol menerusi umpanan dari Maqdis Shalim Alfarizi dan berjaya disudahkan
oleh Safee Sali.
Masuk babak kedua Persela terus melancarkan serangan bertali arus yang akhirnya
membuahkan hasil pada minit ke-70 setelah Gustavo Fabian Lopez menjaringkan gol.
Tamat perlawanan kedua-dua pasukan berkongsi mata setelah seri 1-1.
Safee Sali telah berjaya menjaringgkan sebanyak 5 gol dalam saingan Liga Super Indonesia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Persela yang berada ditangga ke 9, gagal tewaskan Pelita Jaya yang berada dikedudukan 14 liga..
ReplyDeleteMalah persela gagal tewaskan pelita jaya yang hanya ada 10 pemain..
Pelita jaya mengumpul kekalahan yang banyak sebelum safee sampai..
Dalam baru beberapa perlawanan, safee dah kumpul 5 gol..
aku dapat rumuskan disini.. safee memang mantop laa.. Go go safee.. hahahaha
ayie - mmg mantop, kire taraf messi dah ni..ahaha
ReplyDelete