klik la woii

Wednesday, June 1, 2011

Kontrak Nasri Tergantung, Scholes Pencen


Kontrak Samir Nasri yang berbaki setahun masih belum diperbaharui dan
Arsenal kini mungkin kehilangan pemain berbakat selepas Nasri dan Wenger
masih belum mencapai persetujuan tentang pembayaran gaji.

Nasri ditawarkan kontrak baru selama lima tahun dan mendapat gaji sebayak £90,000,
yang membolehkan beliau mendapat sehingga £4.6 million setahun. Namun Samir Nasri
mahu menerima lebih dan setanding dengan Cesc Fabregas iaitu £110,000.

Bercakap di stesen radio Perancis, Wenger mengatakan "Kami tidak mencapai persetujuan
dan masih dalam perbincangan."
Dan khabar mengatakan Patrice Evra yang mahu Nasri menyertai beliau di Manchester United
terus disanggah Wenger dengan berkata "Satu perkara yang pasti, kami tidak akan menjual
Nasri kepada United."


Di kem Manchester United pula, seorang lagi pemain veteran Paul Scholes

mengumumkan persaraan pada usia 36 tahun.

Scholes telah mengumpul 24 medal kejuaraan bersama Syaitan Merah,
termasuk 10 Medal Premier League dan dua kejuaraan Champions League.

Tuesday, May 31, 2011

Rumours : Arshavin Kekal, Samba Dalam Perhatian




Masalah pertahanan Arsenal kini menjadi perhatian utama Arsene Wenger apabila dilaporkan menyediakan €9 million untuk membeli pemain pertahan tinggi lampai Chris Samba dari Blackburn Rovers. 

Samba memberitahu Daily Mail: "Semua orang tahu saya mempunyai cita-cita. Saya rasa perpindahan ke Arsenal begitu hampir pada bulan Januari namun itulah kehidupan."


Sementara itu, Andrey Arshavin mengesahkan akan
kekal di Arsenal selepas mendedahkan Wenger
mahu terus bekerjasama di kelab itu untuk musim hadapan.

Pemain sayap dari Russia itu sebelum ini dilaporkan
akan kembali ke kelab lamanya Zenit st. Petersburg.

"Pengurus mahu saya kekal untuk musim hadapan." Arshavin memberitahu The Sun.

Saturday, May 28, 2011

Barcelona vs Manchester United


Pagi nanti pertemuan jagoaan dari Sepanyol & England akan berentap di Wembley
untuk menentukan pemenang UEFA Champions League 2011.

Kelebihan pasti terletak di tangan pasukan Manchester United kerana bermain
di tanah air sendiri. Namun Barcelona adalah sebuah pasukan yang hampir
lengkap sepenuhnya mengenai rangkaian serangan.

Tetapi rekod Barcelona di bumi England tidaklah segah yang disangka.
Rekod Manchester United dalam Champions League juga tidak boleh di pandang enteng
kerana mereka masih belum tewas dan Barcelona hanya tewas sekali di tangan Arsenal
pada pertemuan di pusingan kedua.



Taktikal

Barcelona - 4-3-3
Valdes; Dani Alves, Mascherano, Pique, Puyol; Xavi, Busquets, Iniesta; Pedro, Messi, Villa

Manchester United - 4-1-1
Van der Sar; Fabio, Vidic, Ferdinand, Evra; Valencia, Giggs, Carrick, Park; Rooney; Hernandez

Rekod
Barcelona & Manchester United telah bertemu sebanyak 10 kali. Dengan masing-masing
mencatatkan kemenangan 3 kali, tewas 4 kali dan seri 3 kali.

Pemain Tumpuan

Van der Sar - Pemain yang akan menyarung jersi MU buat kali terakhir ini pasti mahu
melakukannya dengan kenangan kejayaan yang pasti tidak dapat dilupakan. Satu-satunya
penjaga gol yang melakukan rekod 50 perlawanan tanpa bolos.

Iniesta - Pemain kerdil yang menjadi engineer pasukan Barcelona pada kemenangan tahun
2009. Kawalan bola yang kemas dan lincah di bahagian midfield menjadi nadi utama pasukan
Barca kali ini bersama Xavi.

Kunci Kejayaan - Vidic vs Messi. Pemain pertahanan terbaik EPL ini cekap membaca
gerakan lawan dan apabila bermain bersama Rio Ferdinand, MU dilihat seperti sukar
ditewaskan. Messi pada hari terbaiknya sudah pasti tidak mampu dihalang, menjadi ancaman
sekiranya dibiarkan berlegar berhampiran kotak penalti.

Trivia

* Messi tidak pernah menjaringkan gol di bumi England dalam saingan Champions League.

* Van der Sar akan memulakan perlawanan ke-99 pada perlawanan ini.

* Messi penjaring terbanyak dengan 11 gol, manakal Hernandez untuk pasukan MU dengan
   hanya 4 gol.

Friday, May 27, 2011

Tiket Malaysia vs Arsenal mula dijual.

 
 
ARSENAL menjadi pasukan Liga Perdana England kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan.
Terdahulu, naib juara musim ini, Chelsea telah pun me- ngesahkan akan turun bertemu skuad kebangsaan di gelanggang sama pada 21 Julai.

Tidak cukup dengan itu, Liverpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad kebangsaan pada 16 Julai tetapi sidang media pengesahannya dijangka dibuat awal bulan depan.

Ia menjadikan pertengahan Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat pemi- nat bola sepak negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.

“Bagi saya ia secara tak langsung merupakan suatu platform buat skuad negara kita mendapat perlawanan pendedahan yang cukup baik. Pasti ia sesuatu yang tidak dijangka para pemain kita.

“Ini satu peluang keemasan buat setiap pemain, terutamanya pemain muda. Tiga perlawanan hebat dalam seminggu. Saya rasa pasukan England atau Brazil pun tak dapat peluang sebegini.

“Jadi harap pemain gunakan sepenuhnya peluang ini. Kalau masih muda, saya pun nak bermain sama,” kata Tengku Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh Jelajah Asia Arsenal 2011 di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di www.ticketpro.com.my.

Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai.

Pesan Tengku Abdullah: “Biarpun saya penyokong Arsenal sejak kecil, saya tetap jiwa Malaysia. Harap lebih ramai hadir berjersi kuning daripada berjersi merah. Semangat negara perlu didahu- lukan daripada keghairahan peribadi.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah ranca- ngan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.

“Ini merupakan kali keempat Arsenal ke Malaysia setelah kali pertama pada 1968 dan kali terakhir kira-kira 12 tahun lalu iaitu 1999.
 
“Sempena ulang tahun ke- 125 kelab, kami mahu memula- kan pramusim dengan perancangan rapi dan akan menurunkan pemain dari skuad utama untuk perlawanan di Kuala Lumpur nanti,” kata Fox.
 
Sumber : Kosmo
 

Monday, May 23, 2011

Ancelotti Dipecat


Walaupun dengan perbelanjaan sebanyak £75 juta, Carlo Ancelotti gagal
membawa kejayaan kepada skuad Chelsea pada musim ini. Torres adalah
kegagalan terbesar Ancelotti apabila membelanjakan sebanyak £50 juta untuk mendapatkan
khidmat beliau.

Dalam laman rasmi pasukan Chelsea menyebut "Chelsea Football Club mengesahkan
Carlo Ancelotti akan berpisah dengan kelab ini."

"Pemilik dan pengarah mengucapkan terima kasih pada Carlo atas sumbangan
dan kejayaan juara berganda untuk kali pertama dalam sejarah kelab."

"Walaubagaimanapun, musim ini tahap permainan telah menurun dan kelab
merasakan adalah masa yang sesuai untuk membuat perubahan dalam menghadapi
musim depan."

kesiannnn..owner kelab xreti nk bersabar

Wednesday, May 18, 2011

Rumour Perpindahan : Arsenal


Musim 2010/2011 akan berakhir minggu hadapan dan beberapa nama pemain
telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dan masuk dalam skuad Arsenal.
Yang terbaru adalah David Silva menggesa Fabregas supaya meninggalkan Arsenal
dan menyertai beliau di Manchester City.



Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan pasukan Arsenal adalah pertahanan
pasukan dari liga Perancis iaitu Parist Saint German  Mamadou Sakho,
satu lagi player berstyle rambut pelik selepas Sagna dan Song.
Tapi mamat ni bagitaw tak mungkin berpindah dalam masa terdekat walaupon turut
jadi buruan Liverpool, Spurs dan AC Milan.




Mario Goetze pemain muda berbakat dari Borussia Dortmund telah menarik perhatian
beberapa kelabdari Liga Perdana Inggeris, namun kelab Dortmund dah warning awal-awal
pemain muda tersebut bukan untuk dijual pada sebarang harga. Musim ni Mario Goetze
dah jaringkan 6 gol dari 32 penampilan dan assist sebanyak 11 kali. Wow! hebat gak mamat ni..



Ejen kepada Samir Nasri pula mengesahkan Nasri akan kekal di Arsenal untuk musim depan,
dan Arsene Wenger menegaskan tidak akan menjual Arshavin walaupun
pemain tersebut ada turun naik prestasinya.

Saturday, May 14, 2011

Harimau Malaya jumpa gergasi Inggeris


Seperti yang telah diketahui ramai peminat Liga Perdana Inggeris bahawa pada bulan
Julai nanti 3 gergasi EPL akan bertandang ke Bukit Jalil untuk menentang skuad
Harimau Malaya.



Malaysia akan memulakan perlawanan menentang skuad Arsenal pada 13 Julai dan 3 hari
kemudian akan menanti pula aksi Liverpool. Penutup pada jadual tersebut skuad Harimau
Malaya akan membelasah skuad Chelsea pada 23 Julai.

Anda mahu lihat aksi Norshahrul Idlan Talaha menggelecek John Terry?
ataupun aksi Safee Sali menjaringkan gol bicyle-kick Menewaskan Pepe Reina??
setidaknya aksi Torres yang gagal melepasi Muslim Ahmad??
mahupun aksi rapuh pertahanan Arsenal yang akan dirogol oleh Safiq Rahim??

datanglah beramai-ramai pada Julai nanti...

Wednesday, May 11, 2011

Sir Alex Ferguson : Saya Hampir Sertai Arsenal

Pengurus Manchester United mendedahkan beliau hampir menjadi pengurus Arsenal
sebelum menyertai Red Devils.
Sir Alex telah diberi tawaran pada 1986 dan bercadang untuk membawa Walter Smith
bersama beliau ke Higbury untuk menjadi pembantunya.
.
"Saya telah diberikan tawaran menguruskan Arsenal dan ingin membawa Walter bersama saya.
"Saya memberitahu Walter bahawa saya telah ditawarkan peluang untuk ke Arsenal dan beliau
positif tentang perkara tersebut dan bertanya jika berminat untuk pergi bersama saya namun

kemudian beliau terus menerima tawaran menjadi pengurus pasukan Rangers."

"Pihak Arsenal inginkan jawapan dengan segera namun saya tidak mampu memberikannya
kerana sedang bersiap-sedia untuk ke Piala Dunia di Mexico bersama Scotland."
"Jadi perkara tersebut berakhir disitu. Walter memilih untuk ke Rangers dan kemudian saya ke
Manchester United."


*fuhhh nasib baik xjadi datang Arsenal.......ahahhaha

Monday, May 9, 2011

MU hampiri kejuaraan

Manchester United semakin menghampiri untuk menjulang kejuaraan
buat kali ke-19 selepas menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford.

Hernandez menjaringkan gol dalam masa hanya 36 saat permainan, Chelsea kemudiannya
cuba mengawal kembali rentak permainan Namun minit ke-23 MU sekali lagi
membolosi gawang Chelsea selepas Vidic menanduk masuk gol kedua untuk MU.


Di pertengahan babak kedua, Frank Lampard merapatkan jurang dengan menolak masuk
bola untuk mengubah kedudukan 2-1 namun MU kental bertahanan untuk menewaskan Chelsea.

Di Britannia Stadium pula Arsenal tewas 3-1. Damn!

Sekian..................

Sunday, May 8, 2011

Previu : Stoke City VS Arsenal


Stoke City akan menanti kunjungan Arsenal di Brittania Stadium pada pertembungan
malam nanti.

Pasukan Stoke nampak macam tiada masalah kecederaan pemain yang serius dan akan
menurunkan kesebelasan utama mereka untuk bertemu dengan skuad Arsene Wenger.

Di pihak The Gunners pula Samir Nasri , Fabregas dan Djourou dijangka tidak dapat bermain
selepas mengalami kecederaan dan Aaron Ramsey akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan
Fabregas pada perlawanan menentang Stoke. Ini adalah perlawanan pertama untuk Ramsey di
Brittania Stadium selepas mengalami kecederaan patah kaki 15 bulan yang lepas.

Vermaelen akan bermain untuk kali pertama sejak bulan ogos lepas untuk menggantikan
Johan Djourou yang tidak akan diturunkan pada perlawanan nanti.

Stoke yang akan bermain di final Piala FA Sabtu nanti pasti akan bermain dengan corak
permainan bertahan dan sesekali melakukan serangan balas untuk mendapatkan
gol.

Barisan Kemungkinan

Stoke City (4-4-2) : Begovic; Wilson, Huth, Shawcross, Wilkinson; Pennant, Whithead, Whelan, Delap;
Jones, Walters.

Arsenal (4-3-3) : Szczesny; Sagna, Vermaelen, Koscielney, Clichy; Ramsey, Song, Wilshere, Walcott,
Arshavin, Van Persie

Info Tumpuan

Pemain Tumpuan Stoke City : Rory Delap. kenapa aku memilih Delap???
pemain yang mempunyai lontaran jauh ini merupakan senjata terbaik Stoke City untuk
mendapatkan gol dari gerakan set-piece.Musim ini lontaran Delap menghasilkan 8 gol dan 4 daripadanya adalah dalam Liga Perdana.

Pemain Tumpuan Arsenal : Jack Wilshere. Selepas ketiadaan Fabregas di bahagian tengah
Jack Wilcha akan diharapkan mampu menghasilkan keajaiban bersama gandingan Ramsey.
Walaupun Ramsey membuktikan kelasnya tersendiri pada pertemuan menentang MU
minggu lepas tapi kali ini mungkin akan ada sedikit tekanan dari penyokong tuan rumah
selepas apa yang berlaku musim lepas.


Kunci Kejayaan : Van Persie vs Ryan Shawcross. Van Persie yang berada pada tahap
terbaik ketika ini menjadi ancaman terbesar untuk Stoke City. Jaringannya pada tahun 2011
cukup membuktikan bisa beliau, Namun Stoke City mempunyai pertahanan yang amat kental untuk ditembusi. Robert Huth dan Shawcross pasti akan merantai gerakan Persie dan
memberikan cabaran fizikal yang cukup hebat.

Trivia :

* Stoke City tidak pernah tewas apabila mereka menjaringkan gol pendahuluan. Menang 9 kali
   dan seri 4 kali.

* Arsenal telah memberikan penalti kepada pihak lawan sebanyak 9 kali musim ini,
   yang terbanyak dalam saingan Liga Perdana.

* Rekod tempat lawan Arsenal musim ini adalah yang terbaik dengan mengutip 30 mata dari 17
   perlawanan.

Saturday, May 7, 2011

Mourinho diberi cuti 5 perlawanan


Jurulatih Madrid Jose Mourinho telah dibenarkan bercuti selama 5 perlawanan dan membayar
denda €50,000 selepas mengkritik UEFA pada pertemuan separuh akhir dengan Barca
di Liga Juara-Juara Eropah.


"Setakat 1 game..eh no halll laa"
Dalam kenyataan di laman rasmi UEFA menyebut "Jurulatih Madrid, yang di perintah ke
keluar dari tempat duduk simpanan pada pertemuan pertama mengeluarkan kenyataan
yang berbaur kecaman dalam temu-bual selepas perlawanan, dan telah dikenakan
penggantungan 5 perlawanan dari UEFA. Mounrinho juga dikenakan denda €50,000.''

"3 game pun aku penah kene gantung laaa..eh no hall laa"
Dalam kenyataan rasmi: "Real Madrid CF akan mempertimbangkan penyelesaian terhadap
perkara ini, ia juga mustahil untuk Mounriho mempertahankan dirinya sendirian. Real Madrid CF
akan membuat rayuan pada keputusan ini sebelum UEFA meneruskannya."

"tapi 5 game aku kene gantung??????"
"Ini semua salah ko botak..aku benci kau"

Friday, May 6, 2011

FAM bakal disiasat FIFA


FIFA mendakwa sedang menyiasat lebih 300 perlawanan di tiga benua yang telah
diatur pihak tertentu.
FIFA mengesyaki pegawai perlawanan di bayar sekurang-kurangnya  $10,000 untuk
mendapatkan keputusan spesifik di peringkat antarabangsa dan kelab Eropah.

"Ancaman dari pengatur-perlawanan di peringkat global adalah signifikan," Kata ketua sekuriti
FIFA, Chris Eaton.
"Soal-siasat dilakukan dengan pihak yang terbabit mendakwa mereka mampu membelanja
sehingga $300,000 untuk mengatur perlawanan antarbangsa dan mereka mejadikannya dengan
keuntungan margin."

Pekerja dari sekurang-kurangnya enam persatuan bolasepak kebangsaan sedang disyaki menjalankan
rangkaian jenayah tersebut dan beroperasi di Singapura dan Malaysia.

Perlawanan kelab yang disyaki adalah dari Germany dan Finland dan persahabatan
antarabangsa termasuk Kuwait, Jordan, Bolivia, Latvia, Bulgaria, Estonia, Malaysia dan Zimbabwe.

Perlawanan persahabatan antara Bahrain dan Togo menarik perhatian banyak pihak
dan masih disiasat, Bahrain menjaringkan lapan gol namun lima daripadanya di batalkan.
menjadikan keputusan penuh 3-0.


ps : Jeng Jeng Jengg........

Wednesday, May 4, 2011

Harga tiket di Emirates melambung




Harga tiket di Emirates Stadium akan melonjak sehingga 6.5% mulai bermulanya
musim hadapan.

Namun Arsenal Independent Supporters Asscociation (Aisa) telah meluahkan
kekecewaan tentang perkara ini.
"Kami begitu kecewa" luah jurucakap Aisa kepada BBC Sport. "Ini menyebabkan sesetengah
penyokong terpaksa mengalah untuk mendapatkan tiket."


Pada Februari lepas, Arsenal mencatatkan kerugian £2.5m sehingga December 2010.
Menurut laman rasmi Arsenal, harga tiket sekarang bermula dari  £34 sehingga £96
untuk satu-satu perlawanan.

Harga tiket semusim yang paling murah ketika ini adalah £893, tetapi akan meningkat naik
sehingga £951. Tiket semusim yang mahal pula akan mula dijual pada harga £1944 per-musim
telah naik dari £1825.

Monday, May 2, 2011

Rambo a Sunshine


Setelah berduka buat beberapa ketika, akhirnya gemuruh di Stadium Emirates kembali
bergempita selepas Arsenal menewaskan Man Utd dengan jaringan 1-0.

Wenger telah melakukan beberapa perubahan kecil dengan meletakkan Aaron Ramsey
di tempat Fabregas yang mengalami kecederaan sejurus sebelum perlawanan.
Dalam perlawanan ini juga dapat di lihat Arshavin telah kembali menemui rentak selepas
dikritik hebat musim ini.

Jaringan dari celah kangkang

Rambo memecah kebuntuan minit ke-56 setelah menerima umpanan dari van Persie
dan menyudahkannya dengan begitu tenang.

"Cayalah Rams, aku mmg suka main dengan ko" luah Wilshere pada ramsey
Namun di pertengahan babak permainan, Song terlibat pertelingkahan kecil dengan
Nani...dan seperti biasa Rooney cuba menjadi Nasi Tambah dan berlagak samseng.

"lu jgn sebuk dgn gua..rasakan siku gua nih" Rooney tergamam dgn tindakan Song


Di akhir-akhir perlawanan, Striker yang telah di-reject hampir kesemua kelab cuba
menggambil perhatian pengadil dengan aksi yang telah dijangka jika pemain MU
berada di dalak kotak penalti.

"Woii reff ko xnampak ke Owen tergolek ni" Jerit berbatov

Dan sudah tentu Alex the chewing-gum man cuba memprotes.....

"reff, gunnersaurus ni psiko budak2 aku la.."



"What the F**K reff..!!!" kata-kata kejian mula diluahkan Alex the chewing-gum man

Namun pengadil kali ini tidak melayan aksi manja Alex Ferguson dan membiarkannya
berjalan dengan muka yang merah padam...

tiada lagi kunyahan di akhir tiupan wisel.

Tamatlah sudah Al-kisah Manchester United tumbang di Emirates stadium.....

Sunday, May 1, 2011

Previu : Arsenal VS Man Utd


Setelah kekecewaan berturut-turut dalam 9 perlawanan lepas yang mana Arsenal hanya
mampu menang sekali ketika bertemu Blackpool, tiada apa lagi yang mampu diharapkan
semua penyokong Arsenal melainkan menewaskan Man Utd malam nanti.

Di kem Arsenal hanya Diaby dan Fabianski masih mengalami kecederaan dan disahkan
tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini. Rosicky pula mungkin akan kembali di bangku simpanan.

Di pihak United pula Dimitar Berbatov akan kembali memperkuatkan barisan serangan namun
dijangka hanya akan memanaskan bangku simpanan. Ryan Giggs akan direhatkan oleh
Ferguson manakala Paul Scholes menghadapi pengantungan perlawanan.

Barisan Kemungkinan

Arsenal (Possible, 4-2-3-1): Szczesny; Sagna, Djourou, Koscielny, Clichy, Song, Wilshere, Walcott, Fabregas, Nasri, Van Persie.
Subs : Lehmann,Eboue,Squillaci,Arshavin,Rosicky,Bendtner,Chamakh
Manchester United (Possible, 4-4-1-1): Van der Sar; O'Shea, Ferdinand,Vidic, Evra, Valencia, Carrick, Anderson, Nani; Rooney; Hernandez.
Subs: Kuszczak,Fabio,Rafael,Brown,Park, Gibson, Berbatov,

Info Tumpuan

Pemain Tumpuan United : Javier Hernandez. Dengan 12 gol Liga yang dijaringkan setakat
ini telah membuktikan betapa berkesannya penyerang cilik United dari Mexico ini di hadapan pintu gol. Hernandez yang bermain musim pertama bersama United  bijak menghidu peluang dan lincah di dalam kotak penalti. Sebarang kesilapan dari Koscielny boleh mengundang padah.

Pemain Tumpuan Arsenal : van Persie : Dalam 19 perlawanan yang diharungi Persie
di tahun 2011 beliau telah berjaya menjaringkan 18 gol. Diletakkan harapan menggunung oleh peminat Arsenal untuk terus menjadi pemusnah di bahagian hadapan.

Kunci Kejayaan : Alex Song Vs Luis Nani : Walaupun Rooney dan Park Ji Sung mempunyai
rekod gol yang baik ketika bertemu Arsenal, namun musim ini kehebatan United terletak pada
Nani yang telah berjaya menjaringkan 9 gol dan 18 assist di dalam liga. Beliau juga gemar
menjatuhkan badan untuk menarik perhatian pengadil.

Alex Song pula bakal mempunyai tanggungjawab besar untuk menghalang Anderson
dan Rooney dari melancarkan serangan dan mematahkan serangan-balas dari United.
Kawalan bola yang kemas bakal menjadi penentu kejayaan Arsenal di bahagian tengah.

Trivia

* Ini adalah pertemuan ke-45 untuk Alex Ferguson dan Arsene Wenger.
   Ferguson telah menang 19 daripadanya Wenger pula 14 manakala baki 11 perlawanan
   berakhir dengan keputusan seri.

* 3 perlawanan terakhir di Emirates berkesudahan dengan seri dan hanya 1 gol berjaya
   dijaringkan menerusi penalti dari Robin van Persie.

* John O'Shea yang menyambut hari kelahirannya yang ke-30 semalam akan memulakan
   perlawanannya yang ke-300 pada perlawanan ini.

Saturday, April 30, 2011

Owen : Wenger salah seorang yang terbaik


Michael Owen menganggap kegagalan Arsene Wenger musim ni menjadikan pencapaian
Sir Alex Ferguson lebih menarik.

Tetapi bekas pemain Liverpool itu percaya Wenger masih antara terbaik.
"Arsene Wenger adalah salah seorang pengurus terbaik di Premier League." Owen memberitahu
media.
"Beliau telah mengubah kelab sepenuhnya dan menjadikannya fantastik. Kejayaan yang
dikecapi oleh beliau disini adalah menakjubkan."
"Arsenal berkemungkinan akan cuba menewaskan kami minggu ini untuk meneruskan peluang
mereka." Kata Owen

Friday, April 29, 2011

Vermaelen kembali bermain


Thomas Vermaelen kembali bermain selama 90 minit dalam perlawanan pasukan simpanan
Arsenal menentang Man Utd.

Pertahanan Arsenal ini telah terlepas perlawanan selama 6 bulan dengan masalah kecederaan
Achilles namun sekarang beliau dilihat mempunyai peluang untuk kembali bermain sebelum
musim berakhir.

Namun Arsene Wenger menegaskan Vermaelen masih belum bersedia sepenuhnya untuk
bertemu Manchester United dalam perlawanan Ahad ini.

Dalam perlawanan itu beberapa pemain utama United juga ada mengambil bahagian seperti
Darren Fletcher  yang bermain selama 45 minit selepas berehat 2 bulan kerana kecederaan.
West Brown juga kembali membarisi skuad simpanan Man Utd




 Welcome back Mr.Verminator

Thursday, April 28, 2011

Evra gentar cabaran Arsenal

Pemain pertahanan Man Utd Patrice Evra menegaskan kepada rakan-rakan beliau
supaya berhati-hati menghadapi Arsenal pada Ahad ini.

Evra tidak percaya United dengan mudah bermain di Emirates Stadium.
"Kamu perlu berhati-hati dengan haiwan terluka." Evra menambah
"Mereka juga mahu menunjukkan mereka masih mampu menjulang kejuaraan."
"Kami ada rekod baik di Arsenal tapi statistik boleh berubah dengan cepat."Ramai pihak berkata
Arsenal terus-terusan tewas kepada Chelsea tetapi kemudian mereka menewaskan Chelsea."


inilah masanya untuk Wenger membuktikan Arsenal bukan lagi
pasukan belasahan..denger cite Vermaelen pon dah boleh main
ahad ni..peluang nk menang cup tu dah tertutup, fokus
kemenangan jumpe MU nanti lagi baik.... In Wenger We Trust

Wednesday, April 27, 2011

Previu : Madrid Vs Barca


Kedua-dua pasukan pernah bertembung beberapa kali dalam saingan Eropah, 2 kali pada tahun
1960 dan yang terakhir pada semi-final 2002 apabila gol dari Zinedine Zidane dan
Steve McManaman membantu Madrid ke atas Barcelona.

Pemain Tumpuan


Pepe Vs Lionel Messi 
 Apabila Madrid kehilangan bola, mereka akan bertahan dengan
5 pemain di bahagian pertahanan dan tugas Pepe adalah untuk menghalang gerakan Messi
di dalam kotak penalti. Namun bukan hanya Messi menjadi tunjang serangan Barca, tetapi
Madrid perlu waspada pada ancaman David Villa dan Pedro.

Ángel di María v Daniel Alves
Gol kemenangan Madrid pada saingan Copa del Rey minggu lepas adalah berpunca pada
kesilapan Alves yang berada di luar posisinya. Di Maria dengan mudah membuat hantaran
yang tepat kepada Cristiano Ronaldo.
Namun Alves juga berbahaya apabila Barca melancarkan serangan, kerana beliau gemar
naik dan membantu sayap kanan Barca.

Cristiano Ronaldo v Sergio Busquets
Ronaldo akan bertindak sebagai pengumpan apabila bola berada di kakinya, pemain pertahanan
Barca akan cuba mengerumuni Ronaldo dan beliau akan  menghantar kembali bola
kepada pemain sayap sama ada Di Maria mahupun Mesut Ozil yang sudah tentu mempunyai
ruang terbuka ditinggalkan pemain Barca.

Pengadil Perlawanan
Wolfgang Stark (Germany)
Kontroversi telah berlaku pada pemilihan Stark. Kerana pada awalnya pengadil dari Portugis
Pedro Proenca telah dipilih untuk mengadili perlawanan ini namun ianya telah ditukar oleh UEFA
disebabkan kemungkinan berlaku berat sebelah selepas Guardiola membalas kritikan Mourinho
dengan menjawab "Mourinho pasti gembira pengadil tersebut dari Portugal."


Barisan Kemungkinan
Real Madrid (4-5-1): Casillas; Marcelo, Albiol, Ramos, Arbeloa; Di María, Diarra, Alonso, Pepe, Özil.
Barcelona (4-3-3): Valdes; Puyol, Pique, Mascherano, Alves; Busquets, Xavi, Alcantara; Villa, Messi, Pedro.
Pengadil: Wolfgang Stark (Germany).
Rekod: Barcelona hanya pernah menang 2 dari 8 perlawanan terkakhir di gelanggang lawan.

Tuesday, April 26, 2011

Pasukan Jerman tekad hantui United


Pasukan Schalke 04 berazam untuk terus menjadi pasukan dari Jerman yang menjadi badi
kepada Man Utd.

Penyerang veteran Schalke dari Sepanyol, Raul Gonzalez memegang rekod penjaring terbanyak dalam kejohanan Liga Juara- Juara Eropah sebanyak 71 gol.

Jaringan Raul sendiri telah menjadi mimpi ngeri untuk penyokong Man Utd apabila penyerang itu
menjaringkan 2 gol di Old Trafford dan menyingkirkan Man Utd dari kejohanan tersebut pada
tahun 2000.

Pasukan Schalke yang telah menang besar ke atas Inter Milan dengan aggregate 7-3 di
suku-akhir pasti mahu mengulangi perkara yang sama ke atas Man Utd.
Rekod di tempat sendiri juga bakal memberikan Man Utd cabaran kerana kesemua 5 perlawanan Champion League di Veltins-Arena di menangi pasukan Schalke.

United yang kehilangan khidmat Berbatov mendapat suntikan apabila Nemanja Vidic dan
Michael Carrick kembali kepada pasukan selepas direhatkan pada perlawanan menentang
Everton Sabtu lalu.

Pasukan Kemungkinan:
Schalke 04:
1-Manuel Neuer; 22-Atsuto Uchida, 21-Christoph Metzelder, 4-Benedikt Hoewedes, 2-Hans Sarpei; 11-Alexander Baumjohann, 17-Jefferson Farfan, 14-Kyriakos Papadopoulos, 18-Jose Jurado; 9-Edu, 7-Raul.
Manchester United: 1-Edwin van der Sar; 21-Rafael da Silva, 15-Nemanja Vidic, 5-Rio Ferdinand, 3-Patrice Evra; 25-Antonio Valencia, 16-Michael Carrick, 11-Ryan Giggs, 13-Park Ji-sung, 14-Javier Hernandez, 10-Wayne Rooney.

Trivia :

* Schalke hanya pernah menang sekali dalam 6 pertemuan terakhir menentang pasukan English
   dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga daripadanya.

Penyerang Schalke, Raul telah menjaringkan 71 gol dalam 140 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

* United hanya pernah menang 7 dari 19 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang
   pasukan  dari Jerman. Dari 8 perlawanan terakhir yang dikunjungi Manchester United di
   Jerman, mereka hanya menang 2 kali sahaja.

* United tidak pernah melepaskan sebarang gol dalam 5 pertemuan Liga Juara-Juara Eropah di
   tempat lawan musim ini.

Monday, April 25, 2011

Wenger : Saya orang yang harus dipersalahkan



Arsene Wenger mengakui pemainnya kekurangan 'kematangan, pengalaman dan ketenangan'
namun beliau menyatakan bahawa beliau sendiri patut dipersalahkan.

Wenger berkata "Saya merasakan pemain ada sikap yang baik musim ini. Mereka tidak
patut dipersalahkan. Jika seseorang yang harus dipertanggungjawabkan, ia adalah saya.
Saya yang memilih pasukan ini."

"Ianya begitu tidak memuaskan kerana kami ada perlawanan yang mudah di atas kertas tetapi
kami tidak merebut peluang  itu."
"Kami masih kekurangan kematangan, pengalaman dan ketenangan dalam situasi penting."


baguslah wenger dah sedar, musim depan jangan lah buat silap lagi.
defend perlu diperkemaskan lagi..tak guna kalo jadi kedekut xnk beli player bagus..

Ego seorang lelaki memusnahkan pasukan

"Bila nk dapat gol ni" keluh ahsan wenger



"Macam mana boleh terlepas tuuu" wenger melepaskan geram...dalam hati


"pintu gol sebelah sana laaaa" arahan dari wenger

"kenapa aku rasa nk muntahh ni??"



"berjaya jugak aku menipu cameraman,aku sakit kepala je sebenar"


PS : hayatilah kata-kata agung dari wenger, mungkinkah season depan skrip lama berulang???

on whether he is tempted to move away from some of his beliefs and principles…If you can convince me that the principles are wrong, then I am ready. But I feel we try to play football the proper way. When you don’t win, your principles are questioned. You always have to take the right distance to see what is right and wrong in what you do. I think if something is wrong in our team, it is not the principle of playing our football.

I am convinced we are a very good footballing side. We have not been stable enough defensively. The numbers are the numbers, we have conceded six goals this week at a moment where you cannot afford to conceded six goals in three games and win the championship. We were too frail defensively during the season.

Sunday, April 24, 2011

Previu: Bolton Wanderers Vs Arsenal


Setelah 2 perlawanan berturut-turut yang berakhir dengan kekecewaan, game
menentang bolton hari ini akan menjadi kayu pengukur untuk skuad Arsenal bangkit.

Rekod semasa kini, Arsenal adalah satu-satunya pasukan yamg masih belum tewas
dalam 16 perlawanan berturut-turut dan untuk tahun 2011 hanya Arsenal yang masih kebal
dari kekalahan.Tetapi hanya menang 3 kali dalam 9 perlawanan terakhir.

Sudah tentu peminat Arsenal yang lebih dikenali sebagai Gooners, menagih kemenangan
pada perlawanan kali ini.
Bolton akan kembali diperkuatkan oleh penyerang pinjaman mereka iaitu Daniel Sturridge,
Arsenal pula bakal kehilangan Abou Diaby yang mengalami kecederaan semasa menentang
Spurs tempoh hari.

Bolton yang di-sayurkan oleh Stoke City pada perlawanan semi-final Piala FA 17 April lalu
berhasrat untuk bangkit kembali dengan pengurus Owen Coyle akan melakukan beberapa
rombakan terhadap line-up pemainnya.

Barisan kemungkinan yang akan diturunkan :

Arsenal : 4-5-1

                                                    Szczesny
                                 Sagna-Djourou-Koscielny-Clichy
                                                Song-Wilshere
                                         Walcott-Fabregas-Nasri
                                                    v.Persie

Bolton :  4-4-2

                                                    Jaaskelainen
                                   Steinsson-Knight-Cahill-Robinson
                                    Lee- Muamba-M.Taylor-Petrov
                                                Davies-Sturridge

Info Tumpuan

Pemain Tumpuan Bolton : Daniel Sturridge. Pemain pinjaman dari Chelsea ini
telah menjaringkan 6 gol dari 8 perlawanan terkakhir untuk Bolton, hanya van Persie
& Wayne Rooney menjaringkan lebih gol iaitu 8 gol. Sudah tentu pemain ini adalah
Ancaman besar kepada Arsenal.

Pemain Tumpuan Arsenal : Van Persie. penyerang kesayangan Arsenal musim ini
telah menjaringkan 18 gol untuk Arsenal dan 14 daripadanya adalah dalam saingan
Liga Perdana.
Sudah tentu menjadi harapan untuk Arsenal mencatatkan kemenangan besar dan sekali-gus
merampas kembali kedudukan di tempat kedua.

Kunci Kejayaan : Fabrice Muamba vs Fabregas. Bekas pemain Arsenal, fabrice muamba
adalah seorang holding-midfielder yang agak keras & gemar melakukan terjahan yang
menjadi mimpi ngeri untuk Arsenal. Ketepatan Cesc Fabregas menghantar bola sekali lagi
akan diharapkan membuahkan hantaran yang menarik untuk disudahkan para pemain
Arsenal. Namun ketua pasukan Arsenal ini diharapkan menampil aksi yang lebih baik
agar kesetiaannya tidak lagi dipersoalkan kerana sejak akhir-akhir ini Fabregas seperti
mengambil sikap acuh tak acuh dalam permainan.


Trivia

* Kali terakhir Bolton menang keatas Arsenal di Reebok Stadium adalah bulan November
   2006

* Arsenal telah mendapat sepakan penalti sebanyak 8 kali musim ini, lebih dari mana-mana
   kelab.

* van.Persie akan mencatatkan rekod baru jika menjaringkan gol dalam perlawanan ini
   kerana jika berjaya, beliau akan menjadi pemain yang menjaringkan 7 gol berturut-turut
  di halaman laman.

Saturday, April 23, 2011

Sir Alex Ferguson : Chelsea lebih baik dari Arsenal


Sir Alex Ferguson menegaskan Arsenal telah terkeluar dari saingan untuk mengejar
Manchester United dalam perebutan Liga Perdana dan menyatakan Chelsea adalah
penghalang terbesar.


"you are **#+*^" ferguson mencarut kepada reff
"Saya berkata beberapa minggu lalu Chelsea adalah pencabar utama kami.
Sekarang mereka berada di atas Arsenal. Chelsea lebih berpengalaman dari Arsenal,
mereka pasukan yang kuat."
Beliau menambah "Arsenal pasukan yang hebat, namun Chelsea lebih bagus."



"aku akan menghantui kamu semua malam ini" Ferguson memberi amaran

"Lihat kebelakang dan kenal pasti kedudukan lawan, anda tidak boleh memberi ruang.
Jika kami menang menentang Everton hanya tinggal empat perlawanan dengan minimum enam mata. Itulah cara kami melihat."



P/S : kerek gak alex ferguson ni...fan arsenal x terbakar ke???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...