klik la woii

Showing posts with label Barcelona. Show all posts
Showing posts with label Barcelona. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Barcelona vs Manchester United


Pagi nanti pertemuan jagoaan dari Sepanyol & England akan berentap di Wembley
untuk menentukan pemenang UEFA Champions League 2011.

Kelebihan pasti terletak di tangan pasukan Manchester United kerana bermain
di tanah air sendiri. Namun Barcelona adalah sebuah pasukan yang hampir
lengkap sepenuhnya mengenai rangkaian serangan.

Tetapi rekod Barcelona di bumi England tidaklah segah yang disangka.
Rekod Manchester United dalam Champions League juga tidak boleh di pandang enteng
kerana mereka masih belum tewas dan Barcelona hanya tewas sekali di tangan Arsenal
pada pertemuan di pusingan kedua.



Taktikal

Barcelona - 4-3-3
Valdes; Dani Alves, Mascherano, Pique, Puyol; Xavi, Busquets, Iniesta; Pedro, Messi, Villa

Manchester United - 4-1-1
Van der Sar; Fabio, Vidic, Ferdinand, Evra; Valencia, Giggs, Carrick, Park; Rooney; Hernandez

Rekod
Barcelona & Manchester United telah bertemu sebanyak 10 kali. Dengan masing-masing
mencatatkan kemenangan 3 kali, tewas 4 kali dan seri 3 kali.

Pemain Tumpuan

Van der Sar - Pemain yang akan menyarung jersi MU buat kali terakhir ini pasti mahu
melakukannya dengan kenangan kejayaan yang pasti tidak dapat dilupakan. Satu-satunya
penjaga gol yang melakukan rekod 50 perlawanan tanpa bolos.

Iniesta - Pemain kerdil yang menjadi engineer pasukan Barcelona pada kemenangan tahun
2009. Kawalan bola yang kemas dan lincah di bahagian midfield menjadi nadi utama pasukan
Barca kali ini bersama Xavi.

Kunci Kejayaan - Vidic vs Messi. Pemain pertahanan terbaik EPL ini cekap membaca
gerakan lawan dan apabila bermain bersama Rio Ferdinand, MU dilihat seperti sukar
ditewaskan. Messi pada hari terbaiknya sudah pasti tidak mampu dihalang, menjadi ancaman
sekiranya dibiarkan berlegar berhampiran kotak penalti.

Trivia

* Messi tidak pernah menjaringkan gol di bumi England dalam saingan Champions League.

* Van der Sar akan memulakan perlawanan ke-99 pada perlawanan ini.

* Messi penjaring terbanyak dengan 11 gol, manakal Hernandez untuk pasukan MU dengan
   hanya 4 gol.

Wednesday, April 27, 2011

Previu : Madrid Vs Barca


Kedua-dua pasukan pernah bertembung beberapa kali dalam saingan Eropah, 2 kali pada tahun
1960 dan yang terakhir pada semi-final 2002 apabila gol dari Zinedine Zidane dan
Steve McManaman membantu Madrid ke atas Barcelona.

Pemain Tumpuan


Pepe Vs Lionel Messi 
 Apabila Madrid kehilangan bola, mereka akan bertahan dengan
5 pemain di bahagian pertahanan dan tugas Pepe adalah untuk menghalang gerakan Messi
di dalam kotak penalti. Namun bukan hanya Messi menjadi tunjang serangan Barca, tetapi
Madrid perlu waspada pada ancaman David Villa dan Pedro.

Ángel di María v Daniel Alves
Gol kemenangan Madrid pada saingan Copa del Rey minggu lepas adalah berpunca pada
kesilapan Alves yang berada di luar posisinya. Di Maria dengan mudah membuat hantaran
yang tepat kepada Cristiano Ronaldo.
Namun Alves juga berbahaya apabila Barca melancarkan serangan, kerana beliau gemar
naik dan membantu sayap kanan Barca.

Cristiano Ronaldo v Sergio Busquets
Ronaldo akan bertindak sebagai pengumpan apabila bola berada di kakinya, pemain pertahanan
Barca akan cuba mengerumuni Ronaldo dan beliau akan  menghantar kembali bola
kepada pemain sayap sama ada Di Maria mahupun Mesut Ozil yang sudah tentu mempunyai
ruang terbuka ditinggalkan pemain Barca.

Pengadil Perlawanan
Wolfgang Stark (Germany)
Kontroversi telah berlaku pada pemilihan Stark. Kerana pada awalnya pengadil dari Portugis
Pedro Proenca telah dipilih untuk mengadili perlawanan ini namun ianya telah ditukar oleh UEFA
disebabkan kemungkinan berlaku berat sebelah selepas Guardiola membalas kritikan Mourinho
dengan menjawab "Mourinho pasti gembira pengadil tersebut dari Portugal."


Barisan Kemungkinan
Real Madrid (4-5-1): Casillas; Marcelo, Albiol, Ramos, Arbeloa; Di María, Diarra, Alonso, Pepe, Özil.
Barcelona (4-3-3): Valdes; Puyol, Pique, Mascherano, Alves; Busquets, Xavi, Alcantara; Villa, Messi, Pedro.
Pengadil: Wolfgang Stark (Germany).
Rekod: Barcelona hanya pernah menang 2 dari 8 perlawanan terkakhir di gelanggang lawan.

Wednesday, April 20, 2011

Fabregas bikin Gempar!


Ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas telah memberi amaran kepada kelab tentang
keputusan sama ada mahu terus mengharapkan kepada pemain muda untuk memenangi trofi.


Arsenal dilihat sekali lagi bakal mengakhiri musim ini dengan kekecewaan, selepas tewas
dalam perlawanan akhir Carling Cup sebelum terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah
dan piala FA dalam masa dua minggu di antara Februari dan Mac.

Fabregas, yang terus kecewa dengan kegagalan ini percaya Wenger perlu menukar pasukan
kepada pasukan yang lebih matang.
Beliau memberitahu majalah Sepanyil Don Balon. "Dari 2007, saya telah mengatakan
kami bermain dengan baik, namun kamu sedar ianya tiada guna."
"Kamu gembira dengan diri sendiri, tetapi ketika dalam kejohanan seperti tahun ini,
kami kekurangan mentaliti kemenangan dan perlu membuat keputusan
sama ada memenangi sesuatu atau mengembangkan pemain."

"Yang membezakan kami dengan pasukan "The Invincibles' adalah mereka kuat, mereka tahu
bagaimana untuk memenangi perlawanan. Tetapi kami masih muda."

Cesc kekal dalam persoalan sama ada akan kekal di Arsenal untuk musim depan ataupun tidak.
Beliau menambah: "Kamu perlu bersabar dengan semua perkara dan masa yang betul.
Hari yang saya akan meninggalkan Arsenal saya akan lakukannya dengan kepala,
bukan kerana bersebab."

"Saya bercakap dengan Carlos Puyol dan dia memberitahu pada umur 26,
dia tidak memenangi apa-apa. Puyol memberitahu kesabaran dan kerja keras
adalah yang penting dalam hidup."
Fabregas mengakhiri kata-kata dengan: "Jika satu hari nanti saya meninggalkan Arsenal, ianya
tidak untuk bersama kelab English yang lain."


ps: jeng...jeng....jengggggg.... fabregas dah bagi hint nk cabut season depan,
tp point dia kt atas ada betulnya..wenger xleh harap pada player muda jeee

Friday, April 15, 2011

Ronaldo : Barca Juga Manusia


Cristiano Ronaldo begitu berazam untuk membuktikan Barcelona juga mampu ditewaskan
Real Madrid selepas bakal bertemu dalam pertembungan El Clasico sebanyak empat kali
dalam masa 18 hari.

Madrid yang bakal bertemu Barcelona di Santiago Bernabeu pada minggu ini bakal berdepan
sekali lagi dalam kejohanan Liga Juara-Juara pada 27 April dan 3 Mei.
Malahan dalam peringkat akhir Copa del Ray juga mereka bakal bertemu musuh yang sama
pada 20 April.

"Mereka pasukan yang hebat namun mereka tidak datang dari planet lain, mereka juga
seperti kami." Kata Ronaldo pada UEFA.com.
"Saya berharap kami dapat beraksi dengan baik untuk menentang mereka."

"Kami perlu yakin dengan keputusan untuk menewaskan mereka. Kedudukan kami dalam keadaan
baik dan berasa yakin. Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan mara ke peringkat akhir.
Sya harap ianya adalah Real Madrid."

"Saya adalah ketua pasukan Real Madrid, dan saya di anggap sebagai tidak menghormati
Madridistas jika saya mengatakan pertembungan Clasico pada Sabtu nanti tidak penting."
Kami mahu menewaskan Barcelona untuk mendapatkan lebih mata kerana kejuaraan La Liga masih
boleh dicapai."

Monday, April 11, 2011

Kaka Ghairah Mengembalikan Kepercayaan


Kaka yakin dua gol yang di jaringkan ketika kemenangan ke atas Athletic Bilbao
akan meningkatkan kepercayaan peminat Real Madrid selepas kekecawaan pada
musim lepas.

Pada perlawanan sabtu lepas, ianya adalah permulaan pertama beliau sejak februari dan
yang ke-13 dalam kesemua kejohanan.

"Saya tahu apabila saya tercedera, ada suara menyuruh saya pergi dan ianya tidak benar.
Saya mahu menyerlah di Madrid."

"Hubungan saya dengan Mourinho adalah baik. Dia seorang jurulatih terbaik dan membantu
saya sebagai pemain bola sepak." kuat juga mamat ni mengampu.

Selain dari kejuaraan liga, Madrid juga akan bertemu Barcelona di final Copa del Ray dan
gergasi dari sepanyol ini juga bakal bertemu di semi-final Liga Juara-Juara Eropah,
malahan pada sabtu depan kedua-dua gergasi ini bakal bertemu dalam pertembungan
El Classico. apasal banyak sangat ni Madrid lawan Barca???







ps : sebarang perlakuan sumbang pembaca hasil penyiaran gambar-gambar di atas, tidak akan dipertanggungjawabkan pada penulis.

Thursday, April 7, 2011

7 juta peminat serbu Messi


Bintang Barcelona dan Argentina baru saja menyertai Facebook dan telah mendapat
pengikut hampir 7 juta orang dalam masa hanya 7 jam.

Messi, yang memenangi Pemain Terbaik Dunia dua kali, menyertai laman sosial pada hari
rabu lepas dan menulis pada post  pertama, "Saya sangat teruja! Mulai sekarang kita
akan lebih rapat menerusi facebook."

Beliau mengikuti jejak rakan sepasukan Andrea Iniesta, Pique, David Villa dan Pedro
serta saingan dari Real Madrid,
Cristiano Ronaldo sebagai pemain dari La Liga
yang mempunyai laman rasmi pada Facebook.

Messi, yang juga tiada akaun Twitter, telah menjaringkan 45 gol musim ini untuk juara bertahan Barcelona.




ps : mamat ni baru celik it rupenye....

Sunday, April 3, 2011

Madrid tewas, Barca bergaya


Pasukan di tangga ke dua La Liga akhirnya ditewaskan di laman sendiri oleh pendatang baru Sporting Gijon.
Pasukan tuan rumah kehilangan beberapa tongak utama seperti Karim Benzema,
Xabi Alonso serta Cristiano Ronaldo.

Pasukan Mourinho yang telah dijarakkan lapan mata dari Barcelona berkata selepas perlawanan
"Pasukan pelawat bertahan,bertahan dan bertahan. Mereka mempunyai satu peluang
dan menjaringkan satu gol.Saya menghormati mereka kerana berjuang dengan keras.
Kami mempunyai empat,lima,enam peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak mampu.
Inilah bola sepak dan esok adalah hari lain."


Barcelona
Di gelanggang Villareal, Barcelona pula mencatatkan kemenangan tipis
apabila menewaskan pasukan tuan rumah dengan kelebihan jaringan satu gol.
Di awal Permainan Victor Valdes bekerja keras memastikan gawang
Barca tidak bolos dan memaksa pasukan dari Catalunya itu untuk memasukkan
Lionel Messi dari simpanan selepas rehat.

Mereka akhirnya berjaya memecah kebuntuan dari gerakan set-piece
selepas hantaran Sergio Busquet sampai tepat ke Gerard Pique dan
pertahanan Sepanyol itu mudah memasukkan bola kedalam gawang
dan mencatatkan gol keduanya pada musim ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...