klik la woii

Saturday, May 28, 2011

Barcelona vs Manchester United


Pagi nanti pertemuan jagoaan dari Sepanyol & England akan berentap di Wembley
untuk menentukan pemenang UEFA Champions League 2011.

Kelebihan pasti terletak di tangan pasukan Manchester United kerana bermain
di tanah air sendiri. Namun Barcelona adalah sebuah pasukan yang hampir
lengkap sepenuhnya mengenai rangkaian serangan.

Tetapi rekod Barcelona di bumi England tidaklah segah yang disangka.
Rekod Manchester United dalam Champions League juga tidak boleh di pandang enteng
kerana mereka masih belum tewas dan Barcelona hanya tewas sekali di tangan Arsenal
pada pertemuan di pusingan kedua.



Taktikal

Barcelona - 4-3-3
Valdes; Dani Alves, Mascherano, Pique, Puyol; Xavi, Busquets, Iniesta; Pedro, Messi, Villa

Manchester United - 4-1-1
Van der Sar; Fabio, Vidic, Ferdinand, Evra; Valencia, Giggs, Carrick, Park; Rooney; Hernandez

Rekod
Barcelona & Manchester United telah bertemu sebanyak 10 kali. Dengan masing-masing
mencatatkan kemenangan 3 kali, tewas 4 kali dan seri 3 kali.

Pemain Tumpuan

Van der Sar - Pemain yang akan menyarung jersi MU buat kali terakhir ini pasti mahu
melakukannya dengan kenangan kejayaan yang pasti tidak dapat dilupakan. Satu-satunya
penjaga gol yang melakukan rekod 50 perlawanan tanpa bolos.

Iniesta - Pemain kerdil yang menjadi engineer pasukan Barcelona pada kemenangan tahun
2009. Kawalan bola yang kemas dan lincah di bahagian midfield menjadi nadi utama pasukan
Barca kali ini bersama Xavi.

Kunci Kejayaan - Vidic vs Messi. Pemain pertahanan terbaik EPL ini cekap membaca
gerakan lawan dan apabila bermain bersama Rio Ferdinand, MU dilihat seperti sukar
ditewaskan. Messi pada hari terbaiknya sudah pasti tidak mampu dihalang, menjadi ancaman
sekiranya dibiarkan berlegar berhampiran kotak penalti.

Trivia

* Messi tidak pernah menjaringkan gol di bumi England dalam saingan Champions League.

* Van der Sar akan memulakan perlawanan ke-99 pada perlawanan ini.

* Messi penjaring terbanyak dengan 11 gol, manakal Hernandez untuk pasukan MU dengan
   hanya 4 gol.

25 comments:

  1. Awal pagi ni pasti ramai kaum lelaki akan menghadap tv untuk menonton siaran langsung perlawanan akhir liga juara-juara eropah.. kaum wanita pun ada tengok gak, heheh..


    Aku rasa untuk jawapan bagi soalan di atas ni, pasti ramai yang akan memilih Man U sebagai juara.. Barca pun pasti ada peminatnya dalam negara kita ni..

    Ok lah, pasukan mana yang aku rasa akan menang? mesti lah Barcelona... takpun man u.. hahah..

    Bagi aku kedua-dua pasukan sama hebat, masing-masing ada pemain tambatan mereka.. jadi agak sukar untuk membuat pilihan siapakah yang akan menang..

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    jenis jenis kereta mpv

    ReplyDelete
  2. Glory glory Barca.. ahahaha

    *Hari tuh Arsenal kalahkan Barca 2-1.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. afzainizam - barca the best..hehe

    ayie - Arsenal je penah kalahkan Barca musim ni..ahaha

    ReplyDelete

Segala Cacian, Makian, Fitnah, Khabar Angin, Santau Angin, Laporan, Maklumat akan di terima di ruangan komen in. terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...