klik la woii

Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Pusingan kedua Liga Super



Hari ini bakal bermula pusingan kedua Liga Super yang akan memasuki perlawanan
ke-14 bagi kesemua pasukan kecuali Sabah & Harimau Muda A yang kekurangan
1 perlawanan.

Perlawanan tumpuan pada hari ini sudah tentunya Kelantan melayan kunjugan
Singa Utara di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Manakala pada hari esok pasukan di tangga kedua Terengganu akan menanti
kunjungan Perak di Kuala Terengganu.

Kedah akan bertemu Harimau Muda A di Stadium Darul Aman.
Felda United akan bertandang di Stadium Cheras untuk bertemu K.Lumpur.
Badak Borneo (Sabah) akan menanti kehadiran Gergasi Merah (Selangor) di Likas.
Pasukan kelab akan bertembung di selatan tanah-air, Johor FC menentang T-Team.
Hoben Jang Hoben (N9) menunggu kehadiran Tok Gajah (Pahang).

Berikut Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super :

Saturday, April 2, 2011

Kelantan Kekal Terajui Takhta MSL


Pendahulu liga, Kelantan dipaksa bekerja keras sepanjang babak kedua perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Harimau Muda ‘A’ dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Skuand bimbingan Ong Kim Swee menampilkan permainan yang bertenaga untuk
mencari gol penyamaan pada babak kedua perlawanan.

Dalam perlawanan tunggal Liga Super yang berlangsung malam tadi,
Kelantan membuka jaringan gol pada minit ke-11
apabila hantaran jauh dari Zairul Fitree Ishak dari tengah padang singgah tepat
ke kaki Solehin Kanasian yang kemudian membawa masuk bola
ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan dan mengenai kaki pertahanan
Harimau Muda iaitu Mohd Affize Faizal Mamat dan terus bergolek masuk ke dalam gawang.

Pada minit ke-24, kesilapan pemain pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin yang gagal menampan kemas bola dihukum menerusi gerakan S.Chanturu yang pantas mencuri bola dari
kaki Amer Saidin dan dengan mudah menewaskan penjaga gawang Harimau Muda A.

Di minit-minit akhir babak pertama Harimau Muda A berjaya merapatkan jurang dengan
Mohd Irfan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-44.

Penghujung perlawanan sememangnya menjadi milik pasukan pelawat,
namun kedua-dua pasukan terus buntu mencipta gol walaupun terdapat beberapa peluang
terhidang namun disia-siakan penyudah yang tumpul oleh pemain dari kedua-dua pasukan.

Thursday, March 31, 2011

Liga Super Malaysia Bermula!


Setelah berehat hampir sebulan untuk memberi laluan kepada saingan Piala FA dan saingan Antarabangsa,
kini Liga Super Malaysia akan memasuki pusingan kedua dan akan memulakan saingan esok.

Kelantan VS Harimau Muda A
T-Team VS Sabah
Negeri Sembilan VS Terengganu
Selangor VS Pahang
Perak VS Felda United
Perlis VS Johor FC
Kuala Lumpur VS Kedah 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...