klik la woii

Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Harimau Malaya jumpa gergasi Inggeris


Seperti yang telah diketahui ramai peminat Liga Perdana Inggeris bahawa pada bulan
Julai nanti 3 gergasi EPL akan bertandang ke Bukit Jalil untuk menentang skuad
Harimau Malaya.



Malaysia akan memulakan perlawanan menentang skuad Arsenal pada 13 Julai dan 3 hari
kemudian akan menanti pula aksi Liverpool. Penutup pada jadual tersebut skuad Harimau
Malaya akan membelasah skuad Chelsea pada 23 Julai.

Anda mahu lihat aksi Norshahrul Idlan Talaha menggelecek John Terry?
ataupun aksi Safee Sali menjaringkan gol bicyle-kick Menewaskan Pepe Reina??
setidaknya aksi Torres yang gagal melepasi Muslim Ahmad??
mahupun aksi rapuh pertahanan Arsenal yang akan dirogol oleh Safiq Rahim??

datanglah beramai-ramai pada Julai nanti...

Tuesday, April 19, 2011

Pertengkaran : Wenger dan Dalglish

"aaaaaaaa"

Wenger mendedahkan ada memberitahu Dalglish tentang "ianya bukan penalti"
kenyataan yang membuatkan Dalglish begitu marah. Pengurus sementara Liverpool itu
dilihat mengeluarkan perkataan "piss off" dan berpaling dengan wajah yang bengang.

Wenger memberitahu "Apa yang dikatakan kepada Dalglish ianya bukanlah penalti.
Anda boleh saksikan di TV apa yang dikatakan oleh saya. Kami memberikan penalti selepas
11-minit masa tambahan yang sepatutnya diberikan pengadil hanya 8-minit.
Saya tidak nampak di mana datangnya masa tambahan 3-minit tersebut. "


"brrrrrrrr"

Dalglish dilihat mahu mengelak dari membincangkan perkara tersebut dengan berkata
"Saya hanya memberitahu saya masih berhutang makan malam dengan beliau.
Ianya akan membayangi apa yang telah dicapai pemain saya di sana."
Beliau menambah,"Dalam pendapat saya ada satu penalti yang betul keputusannya
dan satu lagi tidak. Saya begitu kecewa apabila Arsenal dihadiahkan penalti pada lewat
perlawanan tetapi apa yang telah diberi anda tidak mampu menghalangnya."

"bluuweekk"

 Ps: dah tua2 pon nk mencarut si dalglish ni..

Monday, April 18, 2011

Wisel Penamat : Keserian yang tidak Berseri


"Maluuunye nk angkat muka" keluh wenger

Berakhirlah sudah perlawanan kedua-dua pasukan yang trophyless semalam.
rasa kecewa, marah, gembira, duka, benci malahan sayang semuanya ada...haktuihhh

Dari minit pertama Arsenal dah lancarkan serangan, tapi macam biasa la
dok gelecek smpai depan muke goalkeeper nk watpe??
patut ada peluang tuu sepak je la...letih btol tengok player Arsenal ni..

Keserian ni membuatkan team Arsenal semakin kabur nk mencabar tempat pertama.
malahan tempat kedua pon belum tentu, Chelsea semakin menghambat & dipisahkan
2 mata saja...Rabu ni layan team ayam jantan dari north london plak..

"Mayday! Mayday! Mayday!" jerit rakan sepasukan memanggil Medic
Carragher berlaga dengan rakan sepasukan John Flanagan, nasib la tak pecah kepala tu..
lepas je Carra out, Triple H pun masuk menggantikan Carra..jangan risau fan Liverpool
Carra baik-baik sayang.

"Bro game dah abes baru luu nk masuk" Spearing memerli Carra
Walaupon Liverpool hanya membariskan pemain-pemain mentah Arsenal tidak mampu
merobek gawang Liverpool. Sebuk nk gentel sampai dalam kotak penalti.

Pasangan akrobatik dari Eropah & Amerika Selatan

Minit-minit akhir Fabregas berjaya membawa bola ke dalam kotak penalti dan dijatuhkan
Jay Spearing untuk pengadil menghadiahkan penalti kepada Arsenal.
Otai Arsenal mudah menjaringkan gol..sapa lagi kalau bukan Van Persie.
Dengan tendangan yang begitu lentik, Pepe mudah ditewaskan

"Aiseyy gua salah landing, Fan kt belakang la ni suruh gua ke kiri"  Reina mengomel


"Plawok, Plawok, Plawok"  Skrtel menjampi supaya Persie gagal menjaringkan gol


"ini semua untuk fan Arsenal" laung Persie


Namun kegembiraan penyokong Arsenal tidak lama, di saat-saat akhir
pemain tengah kreatif lagi hebat dan berkelas dunia dari Brazil, Lucas Leiva berjaya
mendapatkan tendangan percuma namun disia-siakan Luis Suarez,
tetapi Lucas Leiva berjaya memenangi sekali lagi hati peminat Liverpool
selepas berjaya mendapatkan penalti.

"Reff!!!" jerit lucas mencuri perhatian pengadil
Akhirnya Szczesny ditewaskan Dirk Kunyit.


dirk kuyt meraikan gol bersama rakan tag-teamnya Triple H
Maka dengan senang hati pengadil meniupkan wisel penamat selepas penat berlari.
Namun seperti biasa Wenger akan protes di akhir perlawanan..
mmg takdo guno dah Wenger oii...

"apa ni reff, suka-suka je bg penalti kt lucas" luah wenger kesal

Sunday, April 17, 2011

Previu : Arsenal vs Liverpool



Malam ni Arsenal akan melayan kunjungan Liverpool, pasukan yang penuh dengan
sejarah gemilang..namun adakah permainan dorang masih lagi seperti yang digambarkan
seperti gambar di atas??? ohhhh tidakk...

Sejak kepulangan Dalglish, sedikit sebanyak keputusan mengejutkan berjaya dicapai
pasukan liverpool..contohnya menang home-away time lawan chelsea, MU plak jadi
mangsa di anfield.Man City mangsa terbaru minggu lepas..

Berdasarkan rekod semasa, Arsenal tidak penah tewas kepada Liverpool di laman sendiri
sejak tahun 2000, dan Arsenal tidak penah tewas 6 perlawanan terakhir home-away pada
Liverpool. Sekali tengok mmg arsenal macam takde masalah nk mng malam ni..tp takleh
bangga sangat.


Tanpa kehadiran Gerrard, Liverpool tetap berbahaya dengan pemain seperti Caroll,
Suarez, Meireles dan Kunyit.  Arsenal pula mendapat semangat baru, selepas
beberapa pemain utama seperti Song, Walcott, Djorou & Szczesny dapat diturunkan.
Sagna mungkin tak dapat main dan digantikan dengan Eboue si kacak.

Info Tumpuan

Pemain tumpuan Liverpool : Andy Caroll. kenapa aku pilih caroll?? sebab mamat ni
mmg jadi duri dalam daging untuk Arsenal time kemenangan Newcastle ke atas Arsenal
di Emirates. 1-0 gol yang dijaringkan Mat Carrol ni telah menyebabkan penyokong Arsenal
kecewa bagai dihempas batu..lagi satu sepakan/tendangan si Caroll ni mmg kencang
dan padu...

Pemain tumpuan Arsenal : Van Persie. tak perlu di persoalkan lagi, dalam 20 perlawanan
terakhir Van Persie dah score 21 gol dalam kesemua kejohanan, gempak tak???
weii liverpool fan, tolong cuak sket tengok statistik ni!! ahahha

Kunci Kejayaan : Cesc Fabregas Vs Suarez. Cesc fabregas umpama Jeneral di tengah
padang, mampu membuat hantaran yang tepat dan mempunyai permainan yang tenang.
namun kelemahan utama adalah larian yang agak terkedek-kedek. Suarez disebut sebagai
pengganti kepada Torres sebagai penggempur utama Liverpool,
namun kelemahan yang nyata, ini adalah permainan pertama beliau menentang The Gunners.

Trivia :
* Perlawanan terakhir yang berkahir tanpa sebarang gol adalah pada September 1999
di Higbury.
* Perlawanan antara Arsenal dan Liverpool menghasilkan lebih hatrik dari mana-mana
perlawanan Liga Perdana yang lain.
* Liverpool telah tewas 10 perlawanan sepanjang kempen musim ini, lebih dari mana-mana
pasukan dalam top-10. teruk bebenor yob

Saturday, April 9, 2011

Gerrard Will Walk Alone


Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mendedahkan musim ini sudah berakhir
untuk kapten Liverpool, Steven Gerrad.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu melalui pembedahan pada bulan lepas,
dan bersedia untuk beraksi pada minggu lepas menentang West Brom
namun kembali tercedera ketika dalam latihan.

Bercakap dalam sidang media semalam, Dalgish berkata
"Kami masih tidak mengetahui punca masalah tersebut.
Kami akan menunggu untuk mendapat jawapan dari pakar yang bertanggungjawab
namun beliau tidak akan beraksi lagi untuk baki kempen musim ini."
bertabahlah pada fan liverpool, lucas masih ada..

Thursday, March 31, 2011

Sergio Canales Di intai Arsenal, Chelsea, Liverpool

 

Pemain tengah Sergio Canales mungkin akan meninggalkan Real Madrid di akhir musim dan kelab gergasi
dari Liga Perdana Inggeris seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool masing-masing menunjukkan minat terhadap pemain berusia 20 tahun itu.

Pemain Sepanyol bawah 21 tahun tu mendedahkan pada Selasa lepas bahawa beliau tidak memikirkan tentang urusan perpindahan buat masa sekarang dan berazam untuk berjaya di Madrid, tetapi kekal digoda
untuk menyertai salah satu dari kelab tersebut.

Canales menyertai Madrid dari Racing Santander pada musim panas 2010, tetapi pemain tengah serangan itu hingga kini masih bergelut untuk mendapat tempat dalam pasukan utama kerana mendapat saingan dari
pemain seperti Mesut Oezil dan Kaka.

Arsenal dikatakan berminat mendapat pemain tengah baru kerana masih tidak pasti tentang masa hadapan Cesc Fabregas,
dan pengurus Arsene Wenger mempertimbangkan Canales sebagai pengganti yang sesuai jika Fabregas dilihat meninggalkan kelab.

Liverpool dan Chelsea masih lagi mencari pemain baru untuk menguatkan lagi pasukan dan Canales dilihat sebagai penambah-baikan yang sesuai untuk kelab dalam jangka masa panjang.

Tuesday, March 29, 2011

Amaran Torres Kepada Kapt Fab


Fernando Torres memberi amaran kepada cesc fabregas untuk menyediakan diri terhadap serangan psikologi daripada penyokong arsenal jika beliau berpindah ke Barcelona musim panas nanti.

Fabregas tidak pernah menyembunyikan hasrat untuk kembali ke bekas kelabnya suatu hari nanti, tetapi kekal setia kepada arsenal ketika masih berbaki kontrak. Barcelona dilihat untuk membida pemain tengah
sepanyol itu sekali lagi pada musim panas nanti setelah bidaan sebanyak 40 juta euro ditolak arsenal.
Bekas pemain liverpool itu memberi amaran Cesc akan melihat perkara buruk jika dia berpindah
"Setiap orang mempunyai cerita tersendiri tetapi dari apa yang saya tahu Cesc amat terhutang kepada
Wenger dan Arsenal."
Torres Berkata dalam Daily Mail. "Tetapi jika anda pergi, anda perlu bersedia berpeluh. diakhirnya apabila anda pergi, anda akan keseorangan. Bolasepak sangat hipokrit di masa kini."

Menambah, Torres mendakwa Fabregas sepatutnya tidak membiarkan hubungannya dengan penyokong
menghalangnya dari mengejar karier, sesuatu yang diketahui dari pengalaman peribadi selepas berpindah dari
pasukan bergelut Liverpool ke Chelsea dengan harga 50 juta pound pada bulan januari.
"Anda perlu memberi diri anda peluang untuk membuat langkah." dia berkata "jika anda bertuah, kelab baru anda akan membantu anda, seperti yang berlaku di Atletico Madrid apabila saya berpindah ke Liverpool.
Saya tahu penyokong di Atletico dan saya mempunyai hubungan yang istimewa. Tetapi di Liverpool ia adalah
bermasalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...