Setelah kekecewaan berturut-turut dalam 9 perlawanan lepas yang mana Arsenal hanya
mampu menang sekali ketika bertemu Blackpool, tiada apa lagi yang mampu diharapkan
semua penyokong Arsenal melainkan menewaskan Man Utd malam nanti.
Di kem Arsenal hanya Diaby dan Fabianski masih mengalami kecederaan dan disahkan
tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini. Rosicky pula mungkin akan kembali di bangku simpanan.
Di pihak United pula Dimitar Berbatov akan kembali memperkuatkan barisan serangan namun
dijangka hanya akan memanaskan bangku simpanan. Ryan Giggs akan direhatkan oleh
Ferguson manakala Paul Scholes menghadapi pengantungan perlawanan.
Barisan Kemungkinan
Arsenal (Possible, 4-2-3-1): Szczesny; Sagna, Djourou, Koscielny, Clichy, Song, Wilshere, Walcott, Fabregas, Nasri, Van Persie.
Subs : Lehmann,Eboue,Squillaci,Arshavin,Rosicky,Bendtner,Chamakh
Manchester United (Possible, 4-4-1-1): Van der Sar; O'Shea, Ferdinand,Vidic, Evra, Valencia, Carrick, Anderson, Nani; Rooney; Hernandez.
Subs: Kuszczak,Fabio,Rafael,Brown,Park, Gibson, Berbatov,
Info Tumpuan
Pemain Tumpuan United : Javier Hernandez. Dengan 12 gol Liga yang dijaringkan setakat
ini telah membuktikan betapa berkesannya penyerang cilik United dari Mexico ini di hadapan pintu gol. Hernandez yang bermain musim pertama bersama United bijak menghidu peluang dan lincah di dalam kotak penalti. Sebarang kesilapan dari Koscielny boleh mengundang padah.
Pemain Tumpuan Arsenal : van Persie : Dalam 19 perlawanan yang diharungi Persie
di tahun 2011 beliau telah berjaya menjaringkan 18 gol. Diletakkan harapan menggunung oleh peminat Arsenal untuk terus menjadi pemusnah di bahagian hadapan.
Kunci Kejayaan : Alex Song Vs Luis Nani : Walaupun Rooney dan Park Ji Sung mempunyai
rekod gol yang baik ketika bertemu Arsenal, namun musim ini kehebatan United terletak pada
Nani yang telah berjaya menjaringkan 9 gol dan 18
assist di dalam liga. Beliau juga gemar
menjatuhkan badan untuk menarik perhatian pengadil.
Alex Song pula bakal mempunyai tanggungjawab besar untuk menghalang Anderson
dan Rooney dari melancarkan serangan dan mematahkan serangan-balas dari United.
Kawalan bola yang kemas bakal menjadi penentu kejayaan Arsenal di bahagian tengah.
Trivia
* Ini adalah pertemuan ke-45 untuk Alex Ferguson dan Arsene Wenger.
Ferguson telah menang 19 daripadanya Wenger pula 14 manakala baki 11 perlawanan
berakhir dengan keputusan seri.
* 3 perlawanan terakhir di Emirates berkesudahan dengan seri dan hanya 1 gol berjaya
dijaringkan menerusi penalti dari Robin van Persie.
* John O'Shea yang menyambut hari kelahirannya yang ke-30 semalam akan memulakan
perlawanannya yang ke-300 pada perlawanan ini.