klik la woii

Wednesday, April 6, 2011

Rooney akan digantung



Penyerang Manchester United, Rooeny telah mengaku menggunakan
bahasa kasar selepas mencarut di hadapan kamera di West Ham
dan bakal berdepan penggantungan 2 perlawanan dari Persatuan Bola Sepak (FA).

Satu kenyataan dari laman rasmi FA menyebut,
"Rooney telah mengaku pada hari ini menggunakan kata-kata penghinaan."
Dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Chelsea,
bos MU Sir Alex Ferguson mengatakan dengan jelas bahawa beliau tidak mahu
berbincang perkara tersebut.
"Saya tiada apa untuk dikatakan. Saya tidak akan bercakap mengenainya langsung."



ps  : adakah rooney terperasan sangat kacak bila mencarut di depan kamera??

Tuesday, April 5, 2011

Fabregas menghancurkan Mercedes bernilai £100k



Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas, telah terbabit dalam kemalangan kecil
tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kereta Mercedes SL500 yang di pandu Fabregas terbabit dalam kemalangan
ketika sedang memandu 15 batu dari rumahnya di Hampstead, Utara London
untuk ke tapak latihan di London Colney.

Pihak polis berkata."Tiada kemalangan serius yang berlaku."
Selepas kemalangan, beliau pulang menaiki teksi dan menolak untuk bercakap.
Fabregas meneruskan latihan di London Colney dan mengambil bahagian seperti biasa
selepas kemalangan tersebut.



Monday, April 4, 2011

Safee Sali terus menjadi Hero Pelita Jaya


SAFEE Sali meneruskan rentak cemerlang di Liga Super Indonesia (ISL).

Pada perlawanan menentang Persijap di Stadium Singaperbangsa, Kerawang malam tadi,
Safee Sali membuka jaringan menerusi sepakan gunting pada minit ke-10
selepas mendapat satu umpanan cantik dari rakan sepasukan.

Babak kedua Pelita Jaya FC menambah jaringan menerusi Joko Sasongko yang mempamerkan
aksi kawalan bola yang lincah di dalam kotak penalti.

Pelita Jaya merapatkan hanya satu mata ketinggalan di belakang Persijap yang berada
di tangga ke-13 menerusi kemenangan tersebut.

Pengendali Pelita Jaya Misha Radovic berkata, kehadiran Safee telah membantu Pelita Jaya yang sebelum ni menduduki tangga tercorot.
“Dia memang membawa perubahan besar kepada pasukan ini,” kata Radovic.

“Saya bukan saja mengharapkan dia untuk menjaring gol, tetapi kehadirannya
cukup membantu memberi inspirasi kepada pemain muda Pelita Jaya.
Beberapa pemain yang kurang menyerlah sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka.”
Penyerang kebangsaan Malaysia ini  membuktikan kehebatannya
apabila membantu Pelita mencapai tiga kemenangan daripada lima perlawanan setakat ini.

Sunday, April 3, 2011

Madrid tewas, Barca bergaya


Pasukan di tangga ke dua La Liga akhirnya ditewaskan di laman sendiri oleh pendatang baru Sporting Gijon.
Pasukan tuan rumah kehilangan beberapa tongak utama seperti Karim Benzema,
Xabi Alonso serta Cristiano Ronaldo.

Pasukan Mourinho yang telah dijarakkan lapan mata dari Barcelona berkata selepas perlawanan
"Pasukan pelawat bertahan,bertahan dan bertahan. Mereka mempunyai satu peluang
dan menjaringkan satu gol.Saya menghormati mereka kerana berjuang dengan keras.
Kami mempunyai empat,lima,enam peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak mampu.
Inilah bola sepak dan esok adalah hari lain."


Barcelona
Di gelanggang Villareal, Barcelona pula mencatatkan kemenangan tipis
apabila menewaskan pasukan tuan rumah dengan kelebihan jaringan satu gol.
Di awal Permainan Victor Valdes bekerja keras memastikan gawang
Barca tidak bolos dan memaksa pasukan dari Catalunya itu untuk memasukkan
Lionel Messi dari simpanan selepas rehat.

Mereka akhirnya berjaya memecah kebuntuan dari gerakan set-piece
selepas hantaran Sergio Busquet sampai tepat ke Gerard Pique dan
pertahanan Sepanyol itu mudah memasukkan bola kedalam gawang
dan mencatatkan gol keduanya pada musim ini.

Rossoneri lebar Kedudukan



Pertemuan Derby antara AC Milan dan Inter Milan berpihak kepada pasukan Rossoneri
apabila berjaya menewaskan pasukan jiran mereka dengan jaringan besar 3-0.
Milan melakukan permulaan yang bergaya apabila Pato menjaringkan gol selepas 45 saat dari sepak mula.
Bola dari hantaran Gattuso menemui Robinho yang kemudian melorongkannya kepada Pato untuk
meledak dari jarak lapan ela.
Pato
Peluang Inter Milan untuk kembali menyamakan kedudukan semakin sukar selepas
pemain pertahanan mereka Chivu di hantar keluar padang selepas mengasari Pato yang cuba melarikan bola ke arah pintu gol Inter.
 
Pato sekali lagi menjadi hero untuk Milan selepas menanduk masuk bola hantaran lintang dari Ignazio
Abate.

Antanio Cassano melengkap malam gemilang buat Milan selepas berjaya menjaringkan gol menerusi penalti pada minit ke-90 selepas dikasari Javier Zanetti sebelumnya.

Saturday, April 2, 2011

Kelantan Kekal Terajui Takhta MSL


Pendahulu liga, Kelantan dipaksa bekerja keras sepanjang babak kedua perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Harimau Muda ‘A’ dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Skuand bimbingan Ong Kim Swee menampilkan permainan yang bertenaga untuk
mencari gol penyamaan pada babak kedua perlawanan.

Dalam perlawanan tunggal Liga Super yang berlangsung malam tadi,
Kelantan membuka jaringan gol pada minit ke-11
apabila hantaran jauh dari Zairul Fitree Ishak dari tengah padang singgah tepat
ke kaki Solehin Kanasian yang kemudian membawa masuk bola
ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan dan mengenai kaki pertahanan
Harimau Muda iaitu Mohd Affize Faizal Mamat dan terus bergolek masuk ke dalam gawang.

Pada minit ke-24, kesilapan pemain pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin yang gagal menampan kemas bola dihukum menerusi gerakan S.Chanturu yang pantas mencuri bola dari
kaki Amer Saidin dan dengan mudah menewaskan penjaga gawang Harimau Muda A.

Di minit-minit akhir babak pertama Harimau Muda A berjaya merapatkan jurang dengan
Mohd Irfan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-44.

Penghujung perlawanan sememangnya menjadi milik pasukan pelawat,
namun kedua-dua pasukan terus buntu mencipta gol walaupun terdapat beberapa peluang
terhidang namun disia-siakan penyudah yang tumpul oleh pemain dari kedua-dua pasukan.

Friday, April 1, 2011

Gianluigi Buffon Akan Berpindah???


 

Buffon memberitahu bahawa beliau mungkin meninggalkan Juventus
memandangkan masa hadapan beliau yang masih samar di kelab itu.
Buffon 33, dilaporkan beliau mungkin di kenakan potongan gaji jika kekal bersama Juve dan akhbar Itali
La Repubblica mengesahkan beliau berkemungkinan memutuskan untuk berhijrah pada musim panas nanti sama ada
ke Roma atau Arsenal.

Agen pada penjaga gol tersebut, Silvano Martina berkata pada minggu ini, Gigi tidak pasti bahawa beliau akan kekal di Turin
tetapi mengatakan beliau tidak ada berhubung dengan Arsenal.

"Saya tidak pasti jika dia akan kekal. Kami akan menyelesaikan bersama kelab.
Apa yang kami tahu beliau masih mempunyai kontrak berbaki dua tahun."
"Tiada pertanyaan dari Arsenal. Saya tahu mereka memerlukan penjaga gol,
dan sudah tentu mereka adalah kelab penting, tetapi saya tidak ada di hubungi."

Martina turut menambah tiada "pertanyaan dari kelab yang berpengkalan di Manchester."

"Tiada kelab menghubungi saya, tetapi jika ada kemungkinan untuk berpindah
saya akan berbincang perkara tersebut dengan Giuseppe Marotta."

Roma kemungkinan akan menerima suntikan dana dari
New England Sport Ventures.
pemilik bersama,Thomas Dibenedetto semakin hampir untuk mengambil alih kelab, dan Buffon percaya ianya adalah sesuatu yang positif untuk Serie A.

Dia berkata. "ianya adalah penting seseorang seperti Thomas DiBenedetto,
bersama kuasa ekonomi untuk menceburi dunia bolasepak Itali."


Ps : adakah wenger sanggup berbelanja lebih untuk membeli dan membayar gaji Buffon???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...