klik la woii

Friday, April 22, 2011

Pusingan kedua Liga Super



Hari ini bakal bermula pusingan kedua Liga Super yang akan memasuki perlawanan
ke-14 bagi kesemua pasukan kecuali Sabah & Harimau Muda A yang kekurangan
1 perlawanan.

Perlawanan tumpuan pada hari ini sudah tentunya Kelantan melayan kunjugan
Singa Utara di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Manakala pada hari esok pasukan di tangga kedua Terengganu akan menanti
kunjungan Perak di Kuala Terengganu.

Kedah akan bertemu Harimau Muda A di Stadium Darul Aman.
Felda United akan bertandang di Stadium Cheras untuk bertemu K.Lumpur.
Badak Borneo (Sabah) akan menanti kehadiran Gergasi Merah (Selangor) di Likas.
Pasukan kelab akan bertembung di selatan tanah-air, Johor FC menentang T-Team.
Hoben Jang Hoben (N9) menunggu kehadiran Tok Gajah (Pahang).

Berikut Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super :

Thursday, April 21, 2011

Trofi Copa del Rey berkecai



Punya la susah payah Real Madrid nk kalahkan Barca dalam final Copa del Rey
senang-senang je Sergio Ramos jatuhkan time tengah berarak atas bas..


wajah Adebayor yang terkacak antara semua
Lepas trofi tu terjatuh dari atas bas, pemandu bas plak langgar trofi tu..
nasib baik la xberkecai.....Hampehh betol Ramos ni


jom layannn

Arsenal tersungkur lagi


Kecewa dan terus kecewa.

Perlawanan pagi tadi Arsenal sekali lagi gagal memanfaatkan sebarang peluang
untuk merapatkan jurang pada pendahulu liga, malahan Arsenal kini berada di tangga
ke-3 liga selepas sekadar mencatatkan keputusan seri di White Hart Lane.
Chelsea pula berjaya merampas tempat ke-2 selepas menang 3-1 pagi tadi menentang
Birmingham.

Apa lagi yang masih menjadi penghalang kepada pasukan Arsenal???
Persoalan demi persoalan terus menerjah di benak pemikiran seluruh penyokong Arsenal..

Wajarkah Wenger dipecat??
Mahupun skuad yang ada sekarang dibubarkan???

Tidak mungkin semua itu akan berlaku.
Namun Wenger harus berani untuk berubah dan menerima pendapat dari pihak lain.

Ramai berpendapat formasi yang diguna pakai wenger sekarang tidak begitu menyerlah
ketika menentang pasukan yang hebat, 4-5-1 mungkin berguna ketika menentang
pasukan bawahan namun apabila bertemu pasukan yang mempunyai pertahanan
yang mantap, Arsenal perlu mempunyai dua orang penyerang di bahagian hadapan
untuk merobek gawang.


Tidak boleh hanya mengharapkan pada Van Persie untuk mendapatkan gol.
Beliau juga perlu seorang rakan untuk membantu di bahagian hadapan.
Seluruh peminat Arsenal merindui gandingan Henry-Bergkamp namun kini tinggal
sejarah yang pahit untuk ditelan.

Berbaki 5 perlawanan, Arsene Wenger enggan terus mengalah malah
berkata akan berjuang hingga ke saat akhir.

Keep on faith.......

Wednesday, April 20, 2011

Previu : Derby Utara London




Pagi nanti pasukan dari Utara London bakal bertembung dan kedua-dua pasukan
mempunyai misi tersendiri. Spurs memerlukan kemenangan untuk mengejar Man City
di tempat ke-4 & Arsenal sudah tentu mahu mengambil kesempatan di atas keputusan
seri Newcastle menentang Man Utd pagi tadi.

Namun, dendam kesumat dan maruah penyokong Arsenal adalah lebih penting untuk
ditebus pagi nanti, setelah Arsenal di kecewakan di Emirates tanggal 20 November lalu.
Walaupun telah leading 2-0, namun kecundang 3-2 di akhir perlawanan dan penyokong
Ayam London berpesta di luar Emirates seperti menang World Cup..!




Spurs kini sudah berubah wajah sejak kehadiran Harry Redknapp dan Van der Vaart,
malahan mereka kini dibarisi pemain yang digeruni seperti Lennon, Bale, Modric, Defoe dan
beberapa nama lagi.

Walaupun peluang Arsenal untuk merangkul Kejuaraan Liga semakin menipis,
itu sudah tidak penting, kemenangan di White Hart Lane perlu dicari.
Maruah Arsenal perlu di kembalikan, tolong jangan ulangi kesilapan lalu..
cukup sudah kekecewaan menentang Liverpool ahad lepas.

Info Tumpuan

Pemain Tumpuan Spurs : Gareth Bale. Kenapa Bale dan bukan Van der Vaart???
aku pilih Bale sebab dia ada larian yang deras, crossing yang cukup berbahaya,
malahan kawalan bola Bale juga cukup menarik untuk dicuri pemain Arsenal.

Pemain Tumpuan Arsenal : Alexandre Song. pasti Song bukan pilihan utama rata-rata
penyokong Arsenal dalam mencari kemenangan ketika lawan Spurs nanti. Namun
Song akan menjadi penentu kejayaan Arsenal pagi nanti disebabkan beliau bukan hanya
perlu membantu pertahanan Arsenal, bahkan Song perlu mengunci gerakan Modric & VDV
dari tengah padang. sudah tentu 2 ekor ayam tambatan ni akan menjadi masalah
utama Arsenal di bahagian tengah.

Kunci Kejayaan : Van Persie Vs Van der Vaart. Jika Van Persie mampu meneruskan
rentak cemerlangnya di depan gol, aku yakin takda masalah Arsenal nak menang pagi nanti.
Tetapi, VDV juga adalah kunci kebangkitan Spurs pada perlawanan lepas,
sudah tentu beliau sekali lagi diharapkan mampu menjelmakan keajaiban menentang seteru setempat.

 Trivia :

* St Totteringham's Day - adalah hari yang di sambut seluruh peminat Arsenal setiap musim
apabila Tottenham Hotspur gagal mengatasi kedudukan Arsenal di dalam Liga.

* Kemenangan terakhir Arsenal di White Hart Lane adalah 4-1 dalam saingan Carling Cup
pada 21.9.2010 lalu.

* Kali terakhir Arsenal mencatatkan kemenangan di White Hart Lane dalam pertembungan
Liga Perdana adalah pada 15.9.2007.

Fabregas bikin Gempar!


Ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas telah memberi amaran kepada kelab tentang
keputusan sama ada mahu terus mengharapkan kepada pemain muda untuk memenangi trofi.


Arsenal dilihat sekali lagi bakal mengakhiri musim ini dengan kekecewaan, selepas tewas
dalam perlawanan akhir Carling Cup sebelum terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah
dan piala FA dalam masa dua minggu di antara Februari dan Mac.

Fabregas, yang terus kecewa dengan kegagalan ini percaya Wenger perlu menukar pasukan
kepada pasukan yang lebih matang.
Beliau memberitahu majalah Sepanyil Don Balon. "Dari 2007, saya telah mengatakan
kami bermain dengan baik, namun kamu sedar ianya tiada guna."
"Kamu gembira dengan diri sendiri, tetapi ketika dalam kejohanan seperti tahun ini,
kami kekurangan mentaliti kemenangan dan perlu membuat keputusan
sama ada memenangi sesuatu atau mengembangkan pemain."

"Yang membezakan kami dengan pasukan "The Invincibles' adalah mereka kuat, mereka tahu
bagaimana untuk memenangi perlawanan. Tetapi kami masih muda."

Cesc kekal dalam persoalan sama ada akan kekal di Arsenal untuk musim depan ataupun tidak.
Beliau menambah: "Kamu perlu bersabar dengan semua perkara dan masa yang betul.
Hari yang saya akan meninggalkan Arsenal saya akan lakukannya dengan kepala,
bukan kerana bersebab."

"Saya bercakap dengan Carlos Puyol dan dia memberitahu pada umur 26,
dia tidak memenangi apa-apa. Puyol memberitahu kesabaran dan kerja keras
adalah yang penting dalam hidup."
Fabregas mengakhiri kata-kata dengan: "Jika satu hari nanti saya meninggalkan Arsenal, ianya
tidak untuk bersama kelab English yang lain."


ps: jeng...jeng....jengggggg.... fabregas dah bagi hint nk cabut season depan,
tp point dia kt atas ada betulnya..wenger xleh harap pada player muda jeee

Tuesday, April 19, 2011

Pertengkaran : Wenger dan Dalglish

"aaaaaaaa"

Wenger mendedahkan ada memberitahu Dalglish tentang "ianya bukan penalti"
kenyataan yang membuatkan Dalglish begitu marah. Pengurus sementara Liverpool itu
dilihat mengeluarkan perkataan "piss off" dan berpaling dengan wajah yang bengang.

Wenger memberitahu "Apa yang dikatakan kepada Dalglish ianya bukanlah penalti.
Anda boleh saksikan di TV apa yang dikatakan oleh saya. Kami memberikan penalti selepas
11-minit masa tambahan yang sepatutnya diberikan pengadil hanya 8-minit.
Saya tidak nampak di mana datangnya masa tambahan 3-minit tersebut. "


"brrrrrrrr"

Dalglish dilihat mahu mengelak dari membincangkan perkara tersebut dengan berkata
"Saya hanya memberitahu saya masih berhutang makan malam dengan beliau.
Ianya akan membayangi apa yang telah dicapai pemain saya di sana."
Beliau menambah,"Dalam pendapat saya ada satu penalti yang betul keputusannya
dan satu lagi tidak. Saya begitu kecewa apabila Arsenal dihadiahkan penalti pada lewat
perlawanan tetapi apa yang telah diberi anda tidak mampu menghalangnya."

"bluuweekk"

 Ps: dah tua2 pon nk mencarut si dalglish ni..

Monday, April 18, 2011

Wisel Penamat : Keserian yang tidak Berseri


"Maluuunye nk angkat muka" keluh wenger

Berakhirlah sudah perlawanan kedua-dua pasukan yang trophyless semalam.
rasa kecewa, marah, gembira, duka, benci malahan sayang semuanya ada...haktuihhh

Dari minit pertama Arsenal dah lancarkan serangan, tapi macam biasa la
dok gelecek smpai depan muke goalkeeper nk watpe??
patut ada peluang tuu sepak je la...letih btol tengok player Arsenal ni..

Keserian ni membuatkan team Arsenal semakin kabur nk mencabar tempat pertama.
malahan tempat kedua pon belum tentu, Chelsea semakin menghambat & dipisahkan
2 mata saja...Rabu ni layan team ayam jantan dari north london plak..

"Mayday! Mayday! Mayday!" jerit rakan sepasukan memanggil Medic
Carragher berlaga dengan rakan sepasukan John Flanagan, nasib la tak pecah kepala tu..
lepas je Carra out, Triple H pun masuk menggantikan Carra..jangan risau fan Liverpool
Carra baik-baik sayang.

"Bro game dah abes baru luu nk masuk" Spearing memerli Carra
Walaupon Liverpool hanya membariskan pemain-pemain mentah Arsenal tidak mampu
merobek gawang Liverpool. Sebuk nk gentel sampai dalam kotak penalti.

Pasangan akrobatik dari Eropah & Amerika Selatan

Minit-minit akhir Fabregas berjaya membawa bola ke dalam kotak penalti dan dijatuhkan
Jay Spearing untuk pengadil menghadiahkan penalti kepada Arsenal.
Otai Arsenal mudah menjaringkan gol..sapa lagi kalau bukan Van Persie.
Dengan tendangan yang begitu lentik, Pepe mudah ditewaskan

"Aiseyy gua salah landing, Fan kt belakang la ni suruh gua ke kiri"  Reina mengomel


"Plawok, Plawok, Plawok"  Skrtel menjampi supaya Persie gagal menjaringkan gol


"ini semua untuk fan Arsenal" laung Persie


Namun kegembiraan penyokong Arsenal tidak lama, di saat-saat akhir
pemain tengah kreatif lagi hebat dan berkelas dunia dari Brazil, Lucas Leiva berjaya
mendapatkan tendangan percuma namun disia-siakan Luis Suarez,
tetapi Lucas Leiva berjaya memenangi sekali lagi hati peminat Liverpool
selepas berjaya mendapatkan penalti.

"Reff!!!" jerit lucas mencuri perhatian pengadil
Akhirnya Szczesny ditewaskan Dirk Kunyit.


dirk kuyt meraikan gol bersama rakan tag-teamnya Triple H
Maka dengan senang hati pengadil meniupkan wisel penamat selepas penat berlari.
Namun seperti biasa Wenger akan protes di akhir perlawanan..
mmg takdo guno dah Wenger oii...

"apa ni reff, suka-suka je bg penalti kt lucas" luah wenger kesal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...