klik la woii
Saturday, April 30, 2011
Owen : Wenger salah seorang yang terbaik
Michael Owen menganggap kegagalan Arsene Wenger musim ni menjadikan pencapaian
Sir Alex Ferguson lebih menarik.
Tetapi bekas pemain Liverpool itu percaya Wenger masih antara terbaik.
"Arsene Wenger adalah salah seorang pengurus terbaik di Premier League." Owen memberitahu
media.
"Beliau telah mengubah kelab sepenuhnya dan menjadikannya fantastik. Kejayaan yang
dikecapi oleh beliau disini adalah menakjubkan."
"Arsenal berkemungkinan akan cuba menewaskan kami minggu ini untuk meneruskan peluang
mereka." Kata Owen
Friday, April 29, 2011
Vermaelen kembali bermain
Arsenal menentang Man Utd.
Pertahanan Arsenal ini telah terlepas perlawanan selama 6 bulan dengan masalah kecederaan
Achilles namun sekarang beliau dilihat mempunyai peluang untuk kembali bermain sebelum
musim berakhir.
Namun Arsene Wenger menegaskan Vermaelen masih belum bersedia sepenuhnya untuk
bertemu Manchester United dalam perlawanan Ahad ini.
Dalam perlawanan itu beberapa pemain utama United juga ada mengambil bahagian seperti
Darren Fletcher yang bermain selama 45 minit selepas berehat 2 bulan kerana kecederaan.
West Brown juga kembali membarisi skuad simpanan Man Utd
Welcome back Mr.Verminator
Thursday, April 28, 2011
Evra gentar cabaran Arsenal
Pemain pertahanan Man Utd Patrice Evra menegaskan kepada rakan-rakan beliau
supaya berhati-hati menghadapi Arsenal pada Ahad ini.
Evra tidak percaya United dengan mudah bermain di Emirates Stadium.
"Kamu perlu berhati-hati dengan haiwan terluka." Evra menambah
"Mereka juga mahu menunjukkan mereka masih mampu menjulang kejuaraan."
"Mereka juga mahu menunjukkan mereka masih mampu menjulang kejuaraan."
"Kami ada rekod baik di Arsenal tapi statistik boleh berubah dengan cepat."Ramai pihak berkata
Arsenal terus-terusan tewas kepada Chelsea tetapi kemudian mereka menewaskan Chelsea."
inilah masanya untuk Wenger membuktikan Arsenal bukan lagi
pasukan belasahan..denger cite Vermaelen pon dah boleh main
ahad ni..peluang nk menang cup tu dah tertutup, fokuskemenangan jumpe MU nanti lagi baik.... In Wenger We Trust
Wednesday, April 27, 2011
Previu : Madrid Vs Barca
Kedua-dua pasukan pernah bertembung beberapa kali dalam saingan Eropah, 2 kali pada tahun
1960 dan yang terakhir pada semi-final 2002 apabila gol dari Zinedine Zidane dan
Steve McManaman membantu Madrid ke atas Barcelona.
Pepe Vs Lionel Messi
Apabila Madrid kehilangan bola, mereka akan bertahan dengan
5 pemain di bahagian pertahanan dan tugas Pepe adalah untuk menghalang gerakan Messi
di dalam kotak penalti. Namun bukan hanya Messi menjadi tunjang serangan Barca, tetapi
Madrid perlu waspada pada ancaman David Villa dan Pedro.
Ángel di María v Daniel Alves
Gol kemenangan Madrid pada saingan Copa del Rey minggu lepas adalah berpunca pada
kesilapan Alves yang berada di luar posisinya. Di Maria dengan mudah membuat hantaran
yang tepat kepada Cristiano Ronaldo.
Namun Alves juga berbahaya apabila Barca melancarkan serangan, kerana beliau gemar
naik dan membantu sayap kanan Barca.
Cristiano Ronaldo v Sergio Busquets
Ronaldo akan bertindak sebagai pengumpan apabila bola berada di kakinya, pemain pertahanan
Barca akan cuba mengerumuni Ronaldo dan beliau akan menghantar kembali bola
kepada pemain sayap sama ada Di Maria mahupun Mesut Ozil yang sudah tentu mempunyai
ruang terbuka ditinggalkan pemain Barca.
Pengadil Perlawanan
Wolfgang Stark (Germany)
Kontroversi telah berlaku pada pemilihan Stark. Kerana pada awalnya pengadil dari Portugis
Pedro Proenca telah dipilih untuk mengadili perlawanan ini namun ianya telah ditukar oleh UEFA
disebabkan kemungkinan berlaku berat sebelah selepas Guardiola membalas kritikan Mourinho
dengan menjawab "Mourinho pasti gembira pengadil tersebut dari Portugal."
Barisan Kemungkinan
Real Madrid (4-5-1): Casillas; Marcelo, Albiol, Ramos, Arbeloa; Di María, Diarra, Alonso, Pepe, Özil.
Barcelona (4-3-3): Valdes; Puyol, Pique, Mascherano, Alves; Busquets, Xavi, Alcantara; Villa, Messi, Pedro.
Pengadil: Wolfgang Stark (Germany).
Rekod: Barcelona hanya pernah menang 2 dari 8 perlawanan terkakhir di gelanggang lawan.
Tuesday, April 26, 2011
Pasukan Jerman tekad hantui United
Pasukan Schalke 04 berazam untuk terus menjadi pasukan dari Jerman yang menjadi badi
kepada Man Utd.
Penyerang veteran Schalke dari Sepanyol, Raul Gonzalez memegang rekod penjaring terbanyak dalam kejohanan Liga Juara- Juara Eropah sebanyak 71 gol.
Jaringan Raul sendiri telah menjadi mimpi ngeri untuk penyokong Man Utd apabila penyerang itu
menjaringkan 2 gol di Old Trafford dan menyingkirkan Man Utd dari kejohanan tersebut pada
tahun 2000.
Pasukan Schalke yang telah menang besar ke atas Inter Milan dengan aggregate 7-3 di
suku-akhir pasti mahu mengulangi perkara yang sama ke atas Man Utd.
Rekod di tempat sendiri juga bakal memberikan Man Utd cabaran kerana kesemua 5 perlawanan Champion League di Veltins-Arena di menangi pasukan Schalke.
United yang kehilangan khidmat Berbatov mendapat suntikan apabila Nemanja Vidic dan
Michael Carrick kembali kepada pasukan selepas direhatkan pada perlawanan menentang
Everton Sabtu lalu.
Pasukan Kemungkinan:
Schalke 04: 1-Manuel Neuer; 22-Atsuto Uchida, 21-Christoph Metzelder, 4-Benedikt Hoewedes, 2-Hans Sarpei; 11-Alexander Baumjohann, 17-Jefferson Farfan, 14-Kyriakos Papadopoulos, 18-Jose Jurado; 9-Edu, 7-Raul.
Manchester United: 1-Edwin van der Sar; 21-Rafael da Silva, 15-Nemanja Vidic, 5-Rio Ferdinand, 3-Patrice Evra; 25-Antonio Valencia, 16-Michael Carrick, 11-Ryan Giggs, 13-Park Ji-sung, 14-Javier Hernandez, 10-Wayne Rooney.
Trivia :
* Schalke hanya pernah menang sekali dalam 6 pertemuan terakhir menentang pasukan English
dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga daripadanya.
* Penyerang Schalke, Raul telah menjaringkan 71 gol dalam 140 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.
* United hanya pernah menang 7 dari 19 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang
pasukan dari Jerman. Dari 8 perlawanan terakhir yang dikunjungi Manchester United di
Jerman, mereka hanya menang 2 kali sahaja.
* United tidak pernah melepaskan sebarang gol dalam 5 pertemuan Liga Juara-Juara Eropah di
tempat lawan musim ini.
Monday, April 25, 2011
Wenger : Saya orang yang harus dipersalahkan
Arsene Wenger mengakui pemainnya kekurangan 'kematangan, pengalaman dan ketenangan'
namun beliau menyatakan bahawa beliau sendiri patut dipersalahkan.
Wenger berkata "Saya merasakan pemain ada sikap yang baik musim ini. Mereka tidak
patut dipersalahkan. Jika seseorang yang harus dipertanggungjawabkan, ia adalah saya.
Saya yang memilih pasukan ini."
"Ianya begitu tidak memuaskan kerana kami ada perlawanan yang mudah di atas kertas tetapi
kami tidak merebut peluang itu."
"Kami masih kekurangan kematangan, pengalaman dan ketenangan dalam situasi penting."
baguslah wenger dah sedar, musim depan jangan lah buat silap lagi.
defend perlu diperkemaskan lagi..tak guna kalo jadi kedekut xnk beli player bagus..
Ego seorang lelaki memusnahkan pasukan
![]() |
| "Bila nk dapat gol ni" keluh ahsan wenger |
![]() |
| "Macam mana boleh terlepas tuuu" wenger melepaskan geram...dalam hati |
![]() |
| "pintu gol sebelah sana laaaa" arahan dari wenger |
![]() |
| "kenapa aku rasa nk muntahh ni??" |
![]() |
| "berjaya jugak aku menipu cameraman,aku sakit kepala je sebenar" |
PS : hayatilah kata-kata agung dari wenger, mungkinkah season depan skrip lama berulang???
on whether he is tempted to move away from some of his beliefs and principles…If you can convince me that the principles are wrong, then I am ready. But I feel we try to play football the proper way. When you don’t win, your principles are questioned. You always have to take the right distance to see what is right and wrong in what you do. I think if something is wrong in our team, it is not the principle of playing our football.
I am convinced we are a very good footballing side. We have not been stable enough defensively. The numbers are the numbers, we have conceded six goals this week at a moment where you cannot afford to conceded six goals in three games and win the championship. We were too frail defensively during the season.
Subscribe to:
Posts (Atom)











