Fernando Torres memberi amaran kepada cesc fabregas untuk menyediakan diri terhadap serangan psikologi daripada penyokong arsenal jika beliau berpindah ke Barcelona musim panas nanti.
Fabregas tidak pernah menyembunyikan hasrat untuk kembali ke bekas kelabnya suatu hari nanti, tetapi kekal setia kepada arsenal ketika masih berbaki kontrak. Barcelona dilihat untuk membida pemain tengah
sepanyol itu sekali lagi pada musim panas nanti setelah bidaan sebanyak 40 juta euro ditolak arsenal.
Bekas pemain liverpool itu memberi amaran Cesc akan melihat perkara buruk jika dia berpindah
"Setiap orang mempunyai cerita tersendiri tetapi dari apa yang saya tahu Cesc amat terhutang kepada
Wenger dan Arsenal."
Torres Berkata dalam
Daily Mail. "Tetapi jika anda pergi, anda perlu bersedia berpeluh. diakhirnya apabila anda pergi, anda akan keseorangan. Bolasepak sangat hipokrit di masa kini."
Menambah, Torres mendakwa Fabregas sepatutnya tidak membiarkan hubungannya dengan penyokong
menghalangnya dari mengejar karier, sesuatu yang diketahui dari pengalaman peribadi selepas berpindah dari
pasukan bergelut Liverpool ke Chelsea dengan harga 50 juta pound pada bulan januari.
"Anda perlu memberi diri anda peluang untuk membuat langkah." dia berkata "jika anda bertuah, kelab baru anda akan membantu anda, seperti yang berlaku di Atletico Madrid apabila saya berpindah ke Liverpool.
Saya tahu penyokong di Atletico dan saya mempunyai hubungan yang istimewa. Tetapi di Liverpool ia adalah
bermasalah.