klik la woii

Monday, April 11, 2011

Awang Hitam Julang Arsenal!

aksi eboue yang berjaya membuatkan gadis-gadis di London histeria

Pasukan Arsenal berjaya mengurangkan jurang hanya 7 mata dan mempunyai 1 perlawanan
dalam tangan, setelah pemain veteran arsenal Jens Lehmann diberi kepercayaan untuk
memulakan debut senior pertama dalam masa 3 tahun. Almunia tidak dapat diturunkan
kerana tercedera dalam sesi pemanas badan.

Lehmann hampir tidak dicabar pada aksi separuh pertama selepas Arsenal berjaya
memperolehi 2-gol mudah dalam masa 3 minit menerusi Abou Diaby dan Emmanuel Eboue.

Blackpool melancarkan serangan selepas rehat dan Gary Taylor-Fletcher berjaya
menjaringkan gol selepas 52-minit permainan.

Van Persie tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol ke-3. Gerakan yang dicipta
oleh Diaby dan Walcott berjaya memecahkan ruang pertahanan Blackpool untuk Van Persie
meledak dengan bergaya.

info perlawanan :
Referee - Lee Mason
kehadiran - 16000
gol - Arsenal (diaby-17,eboue-21,persie-76) Blackpool (fletcher-52)


"Holloway aku mintak maaf, hari ni eboue & diaby lg hensem dari kau"



gambar yang bakal memenangi gambar tercantik dari National Geography

"arsenal dihatiku, liverpool jaga-jaga minggu depan"  kata eboue sendirian



"diaby aku respek la ko punya skill arini" kata nasri pada diaby


"time ni la plak nk amek gambar aku, da la kecewa xdapat main"

Kaka Ghairah Mengembalikan Kepercayaan


Kaka yakin dua gol yang di jaringkan ketika kemenangan ke atas Athletic Bilbao
akan meningkatkan kepercayaan peminat Real Madrid selepas kekecawaan pada
musim lepas.

Pada perlawanan sabtu lepas, ianya adalah permulaan pertama beliau sejak februari dan
yang ke-13 dalam kesemua kejohanan.

"Saya tahu apabila saya tercedera, ada suara menyuruh saya pergi dan ianya tidak benar.
Saya mahu menyerlah di Madrid."

"Hubungan saya dengan Mourinho adalah baik. Dia seorang jurulatih terbaik dan membantu
saya sebagai pemain bola sepak." kuat juga mamat ni mengampu.

Selain dari kejuaraan liga, Madrid juga akan bertemu Barcelona di final Copa del Ray dan
gergasi dari sepanyol ini juga bakal bertemu di semi-final Liga Juara-Juara Eropah,
malahan pada sabtu depan kedua-dua gergasi ini bakal bertemu dalam pertembungan
El Classico. apasal banyak sangat ni Madrid lawan Barca???







ps : sebarang perlakuan sumbang pembaca hasil penyiaran gambar-gambar di atas, tidak akan dipertanggungjawabkan pada penulis.

Sunday, April 10, 2011

Kedudukan Liga Super 10 April

Presiden AFF milik Sultan Ahmad Shah


Presiden FAM dan juga Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini secara rasmi dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Asean (AFF). Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kongress AFF di Bangkok, Thailand. Dalam pemilihan kali ini, Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding dan akan menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen yang menjadi presiden sejak 1995. Baginda kini berusia 80 Tahun.

ps : daulat tuankuuuuuu...........

Saturday, April 9, 2011

Gerrard Will Walk Alone


Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mendedahkan musim ini sudah berakhir
untuk kapten Liverpool, Steven Gerrad.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu melalui pembedahan pada bulan lepas,
dan bersedia untuk beraksi pada minggu lepas menentang West Brom
namun kembali tercedera ketika dalam latihan.

Bercakap dalam sidang media semalam, Dalgish berkata
"Kami masih tidak mengetahui punca masalah tersebut.
Kami akan menunggu untuk mendapat jawapan dari pakar yang bertanggungjawab
namun beliau tidak akan beraksi lagi untuk baki kempen musim ini."
bertabahlah pada fan liverpool, lucas masih ada..

Friday, April 8, 2011

Thursday, April 7, 2011

7 juta peminat serbu Messi


Bintang Barcelona dan Argentina baru saja menyertai Facebook dan telah mendapat
pengikut hampir 7 juta orang dalam masa hanya 7 jam.

Messi, yang memenangi Pemain Terbaik Dunia dua kali, menyertai laman sosial pada hari
rabu lepas dan menulis pada post  pertama, "Saya sangat teruja! Mulai sekarang kita
akan lebih rapat menerusi facebook."

Beliau mengikuti jejak rakan sepasukan Andrea Iniesta, Pique, David Villa dan Pedro
serta saingan dari Real Madrid,
Cristiano Ronaldo sebagai pemain dari La Liga
yang mempunyai laman rasmi pada Facebook.

Messi, yang juga tiada akaun Twitter, telah menjaringkan 45 gol musim ini untuk juara bertahan Barcelona.




ps : mamat ni baru celik it rupenye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...