klik la woii

Wednesday, April 13, 2011

Safee Sali terus mengganas di Indonesia


Pada perlawanan pasukan Persela vs Pelita Jaya, pemain kelahiran Perak itu sekali lagi
menggegarkan jaring untuk pasukan pelawat mendahului pada minit ke-49.

Pasukan Pelita Jaya yang terkenal dengan jolokan The Young Guns tampil dengan aksi
merbahaya pada separuh masa pertama. Minit ke-33 Safee Sali hampir memecah
kebuntuan namun tendangannya berjaya ditepis penjaga gol pasuka Persela.



Namun Pelita Jaya kehilangan pemain pada minit ke-27 setelah Juan Ramirez mendapat kad
merah setelah menyiku pemain tuan rumah Fachrudin Mustafi.

Kekurangan seorang pemain tidak menggoyahkan permainan Pelita Jaya yang berjaya
mendapatkan gol menerusi umpanan dari Maqdis Shalim Alfarizi dan berjaya disudahkan
oleh Safee Sali.


Masuk babak kedua Persela terus melancarkan serangan bertali arus yang akhirnya
membuahkan hasil pada minit ke-70 setelah Gustavo Fabian Lopez  menjaringkan gol.
Tamat perlawanan kedua-dua pasukan berkongsi mata setelah seri 1-1.

Safee Sali telah berjaya menjaringgkan sebanyak 5 gol dalam saingan Liga Super Indonesia.

2 comments:

  1. Persela yang berada ditangga ke 9, gagal tewaskan Pelita Jaya yang berada dikedudukan 14 liga..

    Malah persela gagal tewaskan pelita jaya yang hanya ada 10 pemain..

    Pelita jaya mengumpul kekalahan yang banyak sebelum safee sampai..

    Dalam baru beberapa perlawanan, safee dah kumpul 5 gol..

    aku dapat rumuskan disini.. safee memang mantop laa.. Go go safee.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. ayie - mmg mantop, kire taraf messi dah ni..ahaha

    ReplyDelete

Segala Cacian, Makian, Fitnah, Khabar Angin, Santau Angin, Laporan, Maklumat akan di terima di ruangan komen in. terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...