klik la woii

Sunday, April 17, 2011

Previu : Arsenal vs Liverpool



Malam ni Arsenal akan melayan kunjungan Liverpool, pasukan yang penuh dengan
sejarah gemilang..namun adakah permainan dorang masih lagi seperti yang digambarkan
seperti gambar di atas??? ohhhh tidakk...

Sejak kepulangan Dalglish, sedikit sebanyak keputusan mengejutkan berjaya dicapai
pasukan liverpool..contohnya menang home-away time lawan chelsea, MU plak jadi
mangsa di anfield.Man City mangsa terbaru minggu lepas..

Berdasarkan rekod semasa, Arsenal tidak penah tewas kepada Liverpool di laman sendiri
sejak tahun 2000, dan Arsenal tidak penah tewas 6 perlawanan terakhir home-away pada
Liverpool. Sekali tengok mmg arsenal macam takde masalah nk mng malam ni..tp takleh
bangga sangat.


Tanpa kehadiran Gerrard, Liverpool tetap berbahaya dengan pemain seperti Caroll,
Suarez, Meireles dan Kunyit.  Arsenal pula mendapat semangat baru, selepas
beberapa pemain utama seperti Song, Walcott, Djorou & Szczesny dapat diturunkan.
Sagna mungkin tak dapat main dan digantikan dengan Eboue si kacak.

Info Tumpuan

Pemain tumpuan Liverpool : Andy Caroll. kenapa aku pilih caroll?? sebab mamat ni
mmg jadi duri dalam daging untuk Arsenal time kemenangan Newcastle ke atas Arsenal
di Emirates. 1-0 gol yang dijaringkan Mat Carrol ni telah menyebabkan penyokong Arsenal
kecewa bagai dihempas batu..lagi satu sepakan/tendangan si Caroll ni mmg kencang
dan padu...

Pemain tumpuan Arsenal : Van Persie. tak perlu di persoalkan lagi, dalam 20 perlawanan
terakhir Van Persie dah score 21 gol dalam kesemua kejohanan, gempak tak???
weii liverpool fan, tolong cuak sket tengok statistik ni!! ahahha

Kunci Kejayaan : Cesc Fabregas Vs Suarez. Cesc fabregas umpama Jeneral di tengah
padang, mampu membuat hantaran yang tepat dan mempunyai permainan yang tenang.
namun kelemahan utama adalah larian yang agak terkedek-kedek. Suarez disebut sebagai
pengganti kepada Torres sebagai penggempur utama Liverpool,
namun kelemahan yang nyata, ini adalah permainan pertama beliau menentang The Gunners.

Trivia :
* Perlawanan terakhir yang berkahir tanpa sebarang gol adalah pada September 1999
di Higbury.
* Perlawanan antara Arsenal dan Liverpool menghasilkan lebih hatrik dari mana-mana
perlawanan Liga Perdana yang lain.
* Liverpool telah tewas 10 perlawanan sepanjang kempen musim ini, lebih dari mana-mana
pasukan dalam top-10. teruk bebenor yob

5 comments:

  1. aku cukup risau ngan suarez tuh.. Caroll tak berapa nak kisah sebab kalau takde orang assist dia, tak menjadi sgt.. tapi suarez, dia boleh bawak solo.. dan dia suka main cilok2, taw2 je bola dalam jaring gol.. penyepak dia pun boleh tahan jugak padunya tuh.. kalau aku jadi keeper, kompom aku lari dulu.. hahahaha..

    ReplyDelete
  2. ayie - btul tu bro, suarez ni bahye btol..kene mintak eboue patahkan kaki dia nnt..wahahha

    ReplyDelete
  3. azroy - ada gak peminat spurss..ahaha rabu ni kita jumpa...

    ReplyDelete

Segala Cacian, Makian, Fitnah, Khabar Angin, Santau Angin, Laporan, Maklumat akan di terima di ruangan komen in. terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...