klik la woii

Monday, April 4, 2011

Safee Sali terus menjadi Hero Pelita Jaya


SAFEE Sali meneruskan rentak cemerlang di Liga Super Indonesia (ISL).

Pada perlawanan menentang Persijap di Stadium Singaperbangsa, Kerawang malam tadi,
Safee Sali membuka jaringan menerusi sepakan gunting pada minit ke-10
selepas mendapat satu umpanan cantik dari rakan sepasukan.

Babak kedua Pelita Jaya FC menambah jaringan menerusi Joko Sasongko yang mempamerkan
aksi kawalan bola yang lincah di dalam kotak penalti.

Pelita Jaya merapatkan hanya satu mata ketinggalan di belakang Persijap yang berada
di tangga ke-13 menerusi kemenangan tersebut.

Pengendali Pelita Jaya Misha Radovic berkata, kehadiran Safee telah membantu Pelita Jaya yang sebelum ni menduduki tangga tercorot.
“Dia memang membawa perubahan besar kepada pasukan ini,” kata Radovic.

“Saya bukan saja mengharapkan dia untuk menjaring gol, tetapi kehadirannya
cukup membantu memberi inspirasi kepada pemain muda Pelita Jaya.
Beberapa pemain yang kurang menyerlah sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka.”
Penyerang kebangsaan Malaysia ini  membuktikan kehebatannya
apabila membantu Pelita mencapai tiga kemenangan daripada lima perlawanan setakat ini.

5 comments:

  1. dia dah ada 4 bijik gol.. wow.. baru sebulan masuk sana.. hahaha.. keep it up safee sali.. haha

    ReplyDelete
  2. safee mmg hebat..!
    mmg tak salah die decide pegi maen luar negara..
    yeahh!!!

    ReplyDelete
  3. skrg mmg agak ikot pkembangan safie dkat pelita jaya..:)

    ReplyDelete
  4. bagus la ana, leh lepak sini nk taw perkembangan safee dgn lebih lanjut.

    ReplyDelete

Segala Cacian, Makian, Fitnah, Khabar Angin, Santau Angin, Laporan, Maklumat akan di terima di ruangan komen in. terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...